About Me

header ads

Tiga sekolah agama di Johor Bahru ditutup


JOHOR BAHRU, 30 Okt --
Tiga buah sekolah agama di daerah ini ditutup mulai semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di kawasan berdekatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata Sekolah Agama Taman Universiti 1 ditutup semalam hingga 4 Nov manakala Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Agama FRU ditutup mulai hari ini hingga 7 Nov.

“Penutupan Sekolah Agama Bandar, di sini, melibatkan 17 orang guru, lima orang kakitangan sokongan dan 1,387 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas.

Bagi Sekolah Agama Taman Universiti 1 pula Tosrin berkata ia membabitkan 1,176 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas, 21 orang guru dan empat kakitangan.

Menurut beliau, ketiga-tiga sekolah agama itu ditutup susulan terdapat kes positif COVID-19 melibatkan murid dari sekolah kebangsaan berdekatan.

-- BERNAMA

Bila sekolah aku nak tutup juga... rasa seronok semasa PKP. Boleh jadi ketua rumah yang berdidikasi untuk ke pasar membeli-belah dan boleh jadikan rumah sebagai surau untuk setiap waktu. Bacaan Yasin dan Mathurat pun boleh diistiqamahkan.... - ZBM



Post a Comment

0 Comments