About Me

header ads

NUTP tak setuju guru lakukan ujian saringan Covid-19 kepada murid sekolah rendah

 

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju guru diminta menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas murid sekolah rendah yang akan diadakan setiap hari Rabu mulai semalam.

Setiausaha Agungnya Wang Heng Suan berkata, pihaknya menerima rungutan daripada guru memaklumkan bahawa langkah tersebut mendatangkan bahaya dan risiko yang tinggi.

Weng berkata, ini kerana guru tidak diberi sebarang perlindungan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), sarung tangan, “face shield” dan lain-lain.

Beliau berkata, NUTP mencadangkan agar ujian saringan itu dilakukan oleh ibu bapa pelajar di kediaman mereka masing-masing, dengan dimaklumkan sehari sebelum dan dibekalkan kit ujian kendiri.

Kemudian ibu bapa diminta mengemukakan keputusan ujian dengan memuat turun gambar kepada guru kelas dan jika keputusan negatif pelajar boleh dibenarkan hadir ke sekolah.

“Pihak NUTP berpendapat cara ini dapat mengelakkan berlakunya penularan jangkitan kepada guru dan warga sekolah dengan sekolah akan ditutup jika ada murid yang positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Post a Comment

0 Comments