2) Ketika itu Syeikh Ramadan al-Bouti mengeluarkan fatwa melarang umat Islam terlibat dalam tunjuk perasaan besar-besaran untuk gulingkan Basyar Assad. Lalu al-Bouti dikecam dan dicemuh sebagai ulamak yang ikut telunjuk Basyar Assad. Mereka anggap fatwa al-Bouti adalah fatwa bodoh dan pengecut. Mereka lebih suka ambil fatwa Qardhawi yang selari dengan Arab Spring.
3) Bukan sahaja al-Bouti dikecam penduduk Syria yang sedang hype mahu tumbangkan Basyar Assad kerana teruja melihat Mobarak tumbang di Mesir, bahkan pelajar-pelajar al-Bouti sendiri di Malaysia menjadi hilang akal dengan membakar buku-buku tulisan al-Bouti. Hanya kerana fatwa al-Bouti tidak kena dengan selera mereka.
4) Sekarang apa jadi kepada Syria? Ulamak Syria lebih arif hal waqi' keadaan Syria berbanding Qaradhawi yang berfatwa dari Qatar. Ulamak dapat melihat fitnah sebelum ia sampai. Orang biasa hanya dapat lihat fitnah ketika ia terjadi.
5) Tahanlah diri kita daripada duk membahan dan troll fatwa dan institusi agama hanya kerana tidak selari dengan kehendak selera kita. Kita khuatir ketidakpuasan hati kita sama sahaja dengan ketidakpuasan hati rakyat Syria yang hype nak tumbangkan Basyar Assad sampai memaki hamun al-Bouti.
6) Fatwa tidak salah. Fatwa dikeluarkan mengikut input dan keadaan semasa. Kelemahan kerajaan mengawal keadaan lah yang patut dipersalahkan, bukan fatwa. Kalau semua fatwa dianggap membackup kerajaan, tak ada gunalah institusi fatwa.
7) Jika BN memerintah, orang kata mufti pro-BN. Ketika PH memerintah, mufti dikatakan pro-PH. PN berkuasa, dia katanya mufti jadi tukang backup PN. Institusi fatwa tidak akan dihormati disebabkan sikap umat yang terlebih "alim" berbanding mufti. Seolah mufti kena berfatwa ikut selera umat, baru mufti itu bagus.
Wallahu a'lam
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
Dr Tanaka Mustafa
P/s: Kalau rentas negeri dengan niat nak makan ketupat, tidak dikira sambut Eidulfitri, dikira tak langar hukum, kan?
0 Comments