About Me

header ads

Ambillah iktibar..

 


Gelombang kedua penularan covid 19 yg melanda India menyebabkan lebih 350,000 kes dilaporkan setiap Hari. Ia menyebabkan ahli keluarga kepada individu positif virus itu terpaksa menggunakan media sosial untuk mendapatkan bantuan

Awal tahun ini, kes Covid di India adalah rendah, menyebabkan mereka berasa selamat dan berjaya mengawal Covid.

Tahun 2021 adalah tahun jatuhnya sambutan Kumbh Mela, iaitu perayaan yang disambut 12 tahun sekali. Ia biasanya dirayakan selama empat bulan dari awal Januari ke penghujung April di empat tempat suci di India.

Bersempena tahun ini ia telah disambut pada 12 April 2021 di Haridwar dan dirancang untuk diadakan di beberapa tempat suci lain juga.

Ia juga adalah sebahagian kempen pilihanraya oleh PM mereka.

Seramai 3 ke 5 juta penduduk mengambil bahagian dalam acara keagamaan tersebut. Mereka berkumpul dan mandi disepanjang sungai suci mereka iaitu sungai Ganges. Mereka yakin upacara suci tersebut akan menghapuskan dosa dan segala jangkitan kuman termasuk jangkitan Covid.
2 minggu selepas itu, kes naik mendadak seperti roket yang dilancar ke angkasa lepas; mencacak 90° graf jangkitan mereka.

Dari hanya 1000 kes aktif di penghujung Mac, angka naik mendadak ke 1 juta kes aktif pada minggu ini dengan lebih 300,000 kes baru sehari.

Fasiliti perubatan mereka tak mampu menampung kenaikan kes yang begitu cepat. Dan ramai yang meninggal dunia sewaktu menunggu rawatan. Mayat dibakar dimerata tempat disebabkan penuhnya rumah mayat.

Sayu melihat keadaan mereka. Bayangkan ibu ayah, pasangan hidup meninggal di depan mata setelah berhari-hari tercungap-cungap seperti ikan di atas darat.

Kita pun tak lama lagi nak beraya. Kes aktif kita masih berganda tinggi dari India sewaktu pra-perayaan Kumbh Mela (24,000 vs 1000).

Saya faham, nak beraya punya pasal, ramai yang hilang pertimbangan. Semua pun ada sebab masing-masing.

Ada diantara frontliner tak berjumpa keluarga dan ibubapa lebih setahun. Jadi kami tahu perasaannya.
Ada pula peguam mewakili barisan rakyat ingin menyaman JAKIM, pejabat mufti dan KKM kerana mereka rasa perlaksaanan SOP sepanjang PKP adalah “bullshit”.

Mereka berpendapat hanya dengan menolak fatwa alim ulama dan mengamalkan fatwa sendiri, mereka akan beroleh keredhaan Tuhan dan mampu membasuh jangkitan Covid.

Orang bijak akan belajar dari kesilapan orang lain. Orang dungu akan mengulangi kesilapan orang lain dan hanya terngadah apabila dah terhantuk.

Kami hanya mampu memerhati. Anda lah yang menentukan hala tuju.

Hana Hadzrami
Menanti untuk terbakar sama
penulis adalah seorang doktor perubatan

Post a Comment

0 Comments