Minggu lalu pelajar SMK Tengku Intan Zaharah dikejutkan dengan kebakaran bengkel khemah di hadapan pintu masuk sekolah. Pecemaran asap membuatkan pagi itu pelajar menjadi penonton bagaimana pihak bomba memadam api memastikan rumah tidak 'baham' sekali.
Pili bomba tepi jalan masuk dalam pagar sekolah juga terlindung dengan pagar sekolah. Manakala satu lagi pili bomba terlindung dengan parking motorsikal pelajar sebelah kanan jalan. Ini semua kena ambil perhatian.
Bomba pula dengan kekurangan air terpaksa sedut air daripada longkang besar. Manakala getah paip bomba bocor bukan satu empat juga menjadi bualan. Sudahlah kekurangan air, kereta bomba hanya satu. Itu yang datang kemudian daripada Paka. Banyak perkara kita akan sedar kelemahan bila berlaku kejadian. Belum itu mungkin kita 'tak perasaan'.
Paling menarik kebakaran ini ialah bukan sahaja bomba yang turun, tapi hampir semua, polis askar, pkbm, pbsm, pengakap. Puteri Islam pun turut serta. Mungkin sekali dilihat gambar orang akan kata hebat tapi sebenarnya hari itu hari selasa,. sekolah berpakaian uniform....
Aku bukan nak cerita post mortem pasal kebakaran, tapi nak cerita psal penceraman udara.
Asap kebakaran dalam tanah
Semalam kabus tebal di sekolah, hidung aku mula berair. Aku pun lihat ramai pelajar memakai topeng menutup mulut dan hidung.
Tapi ada juga pelajar masih turun nak PJ. Aku dah jalau tapi mereka masih curi-curi main. Mereka (pelajar) bukan tahu resiko. Kalau jadi apa-apa bukan dia yang bermasalah. Cikgu yang kena jawab. Ibubapa sekarang pula jenis suka salahkan orang lain...
Asap ini adalah berpunca daripada kebakaran dalam tanah di hadapan sekolah menengah kebangsaan Balai Besar. Aku pun hairan juga kebakaran ini berlaku hampir setiap tahun tapi tak ada penyelesaian.
Mangsa gas beracun di Johor
Seramai 1,906 jumlah mangsa terjejas akibat pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor dilaporkan sehingga hari ini. Tujuan tulisan ini bukan nak salahkan siapa dalam isu ini. Memang ada salah kerana masing-masing lebih utamakan politik daripada kebajikan. Tapi kita biarkan urusan orang politik.
Sepanjang aku perhati gambar-gambar disiarkan. Aku lihat pelajar, ibubapa, malah pasukan bantuan terdiri bomba, polis dan kesihatan pun memakai 'mask' (topeng) yang salah.
Aku setuju dengan teguran seorang doktor Dr. Rosli Abd Jalil. Dia kata
"Anda semua memakai topeng yang salahItu sebab dari sehari ke sehari kes keracunan gas makin meningkat. Yang tak kena mungkin juga ada kesan yang mungkin hari ini tak nampak setahun dua lagi kesan akan dirasai.
Topeng muka (Ties on 3Ply mask)
dan Topeng muka N95 Topeng muka (Ties on 3Ply mask Topeng Muka N95
“BUKAN untuk kegunaan ketika berlaku kebocoran gas atau pencemaran gas.”
Topeng tersebut hanya untuk mengelakkan habuk dan sesetengah kuman di udara
tetapi TIDAK DAPAT MENAPIS UDARA BERACUN!!
Maka sebab itulah petugas dan mangsa kejadian terus-menerus menghidapi gejala keracunan gas!
“Sila gunakan TOPENG GAS seperti dalam gambar untuk berhadapan dengan bencana ini.”
Ini baru topeng untuk keracunan gas. Bagla pun bijak... tahu dan utama keselamatan. Aku bercadang nak beli satu nak bagi kepada Pak Aziz, pak guard sekolah kita. Untuk keselamatan!!
0 Comments