About Me

header ads

Nama-nama Kelas dan nama-nama planet


Apabila sistem SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah - SAPS-NKRA - KPM) tidak berfungsi, sekolah menghadapi masalah untuk mengeluarkan slip keputusan peperiksaan TOV dan Slip HEADCOUNT.

Penolong Kanan datang jumpa aku minta untuk menggunakan sistem sekolah yang lama sebelum ada sistem online. Dia minta juga untuk membuat slip "Headcount'. Kami ambil masa selepas balik sekolah sehingga pukul 6 petang menyiapkan sistem berkenaan menggunakan EXCEL. Malam tu aku tambah baik sikit untuk jadikan lebih 'comel'.


Memang menjadi masalah jika KPM tak boleh nak online sistem SAPS. Lagi masalah bila KPM tidak ada satu altenatif jika perkara ini berlaku. Paling tidak JPN atau PPD mengambil pendekatan untuk cuba membuat sistem offline sementara membantu sekolah-sekolah.

Sekolah meraba-raba mencari alternatif. Kalau Ustaz Madi kawan aku baca mesti dia tension. Sorry, Di aku bukan nak kutuk mung. Aku nak cerita pasal nama kelas.

Ada satu sekolah minta alternatif yang aku buat dengan Excel. Jadi aku tolong. Bila aku nak tukar nama kelas aku dapati sekolah ini menggunakan nama-nama planet. Ni mesti nak perkayakan Sains. Lagi bagus tampal gambar dewa di setiap kelas berkenaan... baru tambah berkat!

Nama plenet dalam bahasa Inggeris adalah berasal daripada nama-nama yang digunakan oleh zaman Greek yang mengambil nama-nama tuhan mereka iaitu Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune dan Pluto (planet ini disingkirkan daripada senarai pada 24 Ogos 2006)


Dewa Mercury

 
Mercury adalah seorang utusan, dan seorang dewa perdagangan, keuntungan dan perdagangan, anak Maia Maiestas, juga dikenali sebagai Ops, versi Rom Rhea, dan Jupiter.

Dalam bentuknya yang paling awal, beliau nampaknya berkaitan dengan dewa Etruscan Turms, namun sebahagian besar ciri dan mitologinya dipinjam daripada analogi dewa Greece, Hermes.

Mercury telah aspek dasarnya sama seperti Hermes, mengenakan kasut bersayap talaria dan petasos bersayap, serta membawa caduceus (lambang perubatan), sebatang tongkat dengan dua ular yang terjalin iaitu hadiah Apollo untuk Hermes.

Mercury juga dianggap sebagai dewa kelimpahan dan kejayaan komersil, khususnya di Gaul.

Planet Mercury dinamakan sempena namanya kerana Dewa Mercury dikatakan boleh terbang dengan sangat laju. Begitu juga dengan planet Mercury ialah planet yang paling laju mengelilingi matahari berbanding dengan planet-planet lain.


Dewa Venus



Venus adalah nama kepada dewi Romawi kuno terutama berkaitan cinta, keindahan dan kesuburan, yang memainkan peranan utama dalam banyak festival keagamaan Rom dan mitos. Dari abad ketiga SM, meningkatnya Helenisasi kelas atas Rom dikenalpasti sebagai padanan dari dewi Greek Aphrodite.

Venus merupakan pasangan kekasih kepada Mars.

Planet Venus dinamakan sempena namanya kerana planet itu paling cantik.


Dewa Earth
 

Beberapa sumber mengatakan bahawa Earth merupakan nama lain kepada Dewi Gaia, Dewi yang menjaga alam semesta dan memberi kemakmuran serta kehidupan. Mungkin, nama itu diberikan kepada planet tempat kita bermukim ini kerana di sini merupakan tempat yang memiliki sumber kehidupan yang sangat penting iaitu, air.

Gaia itu bermakna tanah atau Bumi. Gaia adalah primordial dewi di kuil dewa-dewi Greek kuno dan dianggap sebagai Ibu Dewi atau Dewi Agung.

Dia setara dalam kuil dewa-dewi Romawi iaitu Terra Mater atau Tellus. Romawi, tidak seperti orang Greek, tidak konsisten dalam membezakan Dewi Bumi (Tellus) dengan Dewi gandum (Ceres).


Dewa Mars



Mars adalah dewa perang Romawi, putera Juno dan Jupiter, suami kepada Bellona, dan kekasih Venus. Dia adalah yang paling menonjol daripada tentera dewa yang disembah oleh legion Romawi. Romawi menganggapnya kedua penting selepas Jupiter (dewa utama mereka). Festival nya diadakan pada bulan Mac (dinamakan untuk dia) dan Oktober.

Tidak seperti Greek, Mars umumnya dihormati dan menyaingi Jupiter sebagai dewa yang paling dihormati. Beliau juga merupakan dewa yang menyelia bandar Rom. Dia dianggap sebagai ayah legenda pengasas Rom iaitu Romulus, diyakini bahawa semua orang Romawi adalah keturunan Mars.

Perang adalah identik dengan darah yang berwarna merah. Maka planet Mars dinamakan sempena namanya kerana planet itu berwarna kemerahan.

 Dewa Jupiter



Dalam mitologi Romawi, Jupiter atau Jove adalah raja para dewa, dan dewa langit dan guruh. Dia adalah Zeus dalam kuil para dewa Greek.

Sebagai dewa pelindung Rom purba, dia memerintah atas hukum dan susunan sosial. Dia adalah ketua dewa Capitoline Triad, dengan saudara / isteri Juno. Jupiter juga adalah ayah kepada dewa Mars dengan Juno. Oleh kerana itu, Jupiter adalah datuk kepada Romulus and Remus, pengasas lagenda Rom.

Dia adalah putera kepada Saturn, bersama dengan saudara-saudara Neptune dan Pluto.

Raja dewa ini juga dikatakan bertubuh gergasi, maka sesuailah namanya diletakkan pada planet Jupiter kerana planet ini adalah yang terbesar di dalam Sistem Suria kita.


Dewa Saturn


Saturn adalah dewa Rom utama pertanian dan tuaian. Pada abad pertengahan dia dikenali sebagai dewa Rom pertanian, keadilan dan kekuatan; beliau memegang sabit di tangan kiri dan seikat gandum di tangan kanannya. Nama ibunya adalah Helen, atau Hel.

Dia pertama kali diidentifikasi pada zaman klasik Greek dengan dewa Cronus, dan mitologi dari dua dewa yang biasanya dicampur. Isteri Saturn ialah Ops (setara Rhea dalam mitos Romawi). Saturn adalah ayah kepada Ceres, Jupiter, Veritas, Pluto, dan Neptune, antara lain.

Saturn selain digunakan pada nama planet Saturn (Zuhal) , juga digunakan pada hari Saturday (Sabtu).


Dewa Uranus



Uranus adalah bentuk Latin Ouranos, perkataan Greek untuk langit. Dalam mitologi Greek Ouranos atau Bapa Langit, wujud sebagai anak dan suami dari Gaia, Ibu Bumi (Hesiod, Theogony). Uranus dan Gaia adalah nenek moyang dari sebahagian besar dewa-dewi Greek, tetapi tidak ada kultus ditujukan langsung kepada Uranus selamat ke masa klasik

Kebanyakan orang Greek menganggap Uranus sebagai primordial (protogenos), dan tidak memberinya asal-usul. Di bawah pengaruh para ahli falsafah, Cicero, dalam De Natura Deorum ( "The Nature of the Gods"), mendakwa bahawa dia adalah keturunan dewa-dewa kuno aether dan Hemera, Udara dan Hari.

Menurut Nyanyian Rohani Orphic, Uranus adalah putera personifikasi malam, Nyx. Persamaannya dalam mitologi Romawi iaitu Caelus, juga daripada caelum Perkataan Latin untuk "langit".

Dewa Neptune



Neptune (Latin: Neptunus) adalah dewa air dan laut dalam mitologi Romawi, saudara kandung Jupiter dan Pluto. Dia adalah seiringan dengan tetapi tidak identik dengan Poseidon dewa mitologi Greek. Konsep Rom Neptune berhutang besar kepada dewa Etruscan Nethuns.

Untuk beberapa waktu ia dipasangkan dengan Salacia, dewi air garam.

Neptune berkaitan juga dengan air segar, sebagai lawan kepada Oceanus, dewa dunia-laut. Seperti Poseidon, Neptune juga disembah oleh orang-orang Romawi sebagai dewa kuda, di bawah nama "Neptune Equester" pelindung pacuan kuda.

Planet Neptune mempunyai lautan air yang sangat luas, sesuai dengan Dewa Neptune iaitu Dewa Air dan Lautan.


Dewa Pluto

Pluto adalah dewa dari dunia bawah tanah dan kekayaan. Namanya adalah bentuk Latin Greek Πλούτων (Ploutōn), nama lain yang digunakan Hades dikenal dalam mitologi Greek, mungkin daripada perkataan Greek untuk kekayaan.

Hal ini dipertikaikan sama ada di kuil dewa-dewi Rom dia dianggap anak Saturn, dimana Hades daripada Cronus.

Jika demikian, dia mungkin menjadi salah satu anak yang diganyang oleh Saturn, bersama dengan Neptune. Jupiter diselamatkan dan disembunyikan dari Saturn oleh Rhea. Bersama-sama, mereka mewakili bumi, air, dan udara (bukan sebagai elemen tetapi persekitaran).

Pluto juga merupakan Dewa Kematian, Sakit parah, dan mereka yang cedera dalam pertempuran. Maka planet Pluto dinamakan sempena namanya kerana gelap , sejuk dan paling jauh dari matahari.

Pluto disingkir daripada senarai planet


Namun, pada 24 Ogos 2006, nama Pluto telah disingkirkan daripada senarai planet menjadikan bilangan planet hanya tinggal lapan dalam sistem suria.

Mengikut rekod penyelidikan astronomi, Pluto telah ditemui pada tahun 1930 oleh seorang ahli astronomi, Clyde William Tombaugh menerusi teleskop di balai cerap Lowell di Flagstaff, Arizona, Amerika Syarikat.

Bukan hanya kehilangan statusnya sebagi planet kesembilan di sistem suria kita, Pluto turut kehilangan namanya. Pada 7 September 2006, nama Pluto telah ditukar dan dikenali hanya sebagai nombor 134340 oleh Minor Planet Center (MPC) iaitu organisasi yang bertanggungjawab mengumpul data mengenai asteroid dan komet dalam sistem solar kita.


Terdapat lima planet kerdil yang telah dikenal pasti iaitu Eris, Ceres, Makemake dan Pluto.

Kenapa nama planet Bahasa Melayu tak ikut nama orang putih?


Orang Melayu namakan planet dengan nama Utarid, Zuhrah, Bumi, Bulan, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto

Ingat tak masa zaman rendah sekolah dulu kita hafal nama-nama planet dalam sistem suria kita? Masuk sekolah menengah, kita mempelajari dengan lebih mendalam mengenai setiap planet.

Macam-macam kita belajar, teori, jisim, jarak dengan matahari, saiz dan sebagainya untuk subjek sains. Yang mana yang ambil jurusan astronomi atau ilmu falak, pasti anda akan lebih mempelajari lebih lagi mengenai planet-planet yang ada di orbit

Tapi, adakah anda tahu atau mengkaji asal usul nama-nama planet dalam sistem suria kita? Apakah maksud di sebalik nama-nama yang diberikan?


Nama-nama planet dalam bahasa Inggeris, Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune ini sebenarnya berasal dari nama dewa-dewa Yunani-Rome. Nama-nama dewa tersebut diberikan kepada planet-planet berdasarkan ciri-ciri istimewa yang diperhatikan oleh pengkaji bintang.

Namun, setelah empayar Rome jatuh, jawatan guru astronomi dunia beralih kepada tamadun Islam. Orang Islam terdahulu amat menyukai dengan ilmu falak kerana ia merupakan satu tuntutan agama.
Orang Islam memahiri dan mengembangkan ilmu falak untuk membantu mereka mencari dan menentukan arah kiblat serta mendalami ilmu matematik dan sains.


Kemudian, lahirlah tokoh-tokoh hebat ilmu falak dalam sejarah seperti Al-Bhiruni, Al-Sufi, dah Al-Khawarizmi dan ramai lagi tokoh Islam ilmu falak.

Pada zaman ini juga, terhasil dan terciptanya binaan-binaan hebat astronomi seperti astrolabe dan balai cerap.

Menurut sebuah muzium metropolitan di New York, Barat sangat terhutang budi kepada orang Islam yang telah mendatangkan banyak data dan pengiraan baru ilmu astronomi.

Maka, setelah penguasaan ilmu astronomi telah beralih kepada orang Islam, mereka telah mengubah nama-nama planet dewa Greek-Rome tersebut agar tidak bercanggah dengan akidah ajaran Islam mereka.

  • Mercury – Utarid
Nama planet Mercury diubah kepada Utarid yang turut digunakan dalam bahasa Turki. Ada sabahabt nabi bernama Utarid bin Hajib bin Zurarah al-Darimi, tapi aku tak tahu kisahnya.
  • Venus – Zuhrah
Venus ditukar namanya kepada Zuhal yang bermaksud sinar terang.
  • Mars – Marikh
 
  • Jupiter – Musytari
Musytari membawa maksud pembeli.
  • Saturn – Zuhal
Zuhal pula bermaksud merangkak atau bergerak perlahan.

Walau bagaimanapun, nama planet Uranus dan Neptune sama dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Uranus adalah nama dewa langit, manakala Neptune merupakan nama dewa langit. Dua nama ini tidak ditukar berikutan kemerosotan tamadun Islam serta kebangkitan tamadun Barat yang menjumpai planet Uranus pada tahun 1690, manakala Neptune pada tahun 1846.

Mereka mengambil keputusan untuk mengekalkan tradisi menamakan nama-nama planet dengan nama-nama dewa Greek-Roman, termasuk Pluto, iaitu dewa bawah tanah.

Jadi, dengan penciptaan teleskop oleh tamadun Barat dan dibantu oleh data-data astronomi yang diterjemah, mereka kemudiannya membuat penemuan yang ditinggalkan.

Pada ketika itu, orang Islam tidak lagi mencintai ilmu astronomi seperti sebelumnya. Mereka hanya menjadi anak murid, dan bukannya guru.

Kehebatan ilmu astronomi umat Islam tidak mati begitu sahaja. Ada usaha-usaha yang dilakukan seperti untuk memberikan nama Arab pada penamaan perkataan astronomi bahasa Latin.

Usaha-usaha ini perlulah disokong oleh kita semua agar kita tidak merasakan ilmu astronomi ini ilmu yang asing bagi kita.

Dah letih aku kumpul maklumat untuk artikel ini. Ok aku nak sarapan pagi..



Post a Comment

0 Comments