About Me

header ads

Punca, Simptom Kebotakan



Dulu aku selalu 'lepak' kedai Pak Awi baiki TV di Sura Gate. Kebetulan kedai itu sebelah dengan kedai Main'stech kedai komputer kawan aku Zaimi (sebelum dijual kepada Zumo). Pak Awi suka layan aku dan bila aku datang selalu dia minta isterinya buatkan teh o untuk kami bersembang.

Pak Awi minat komputer dan dia sangat teliti dalam hal-hal komputer. Bayangkan berapa fail windows (masa itu windows 3.11) dia bilang. Kalau hilang dia akan tanya aku.... ni memang pening.


Semasa itu juga kami guna disket untuk simpan insteller. Satu disket 3.5" adalah bersaiz 1.44MB (bukan GB). Windows 3.11 perlukan 6 keping Disket hanya maksimum 8MB boleh dah install Windows. Sekarang Windows 10 RS5 dah 4GB (4096MB).

Pak Awi selepas aje guna diletak disket dalam plastik dan di'sil'kan dan diletak dalam tupperware untuk kedap udara tak nak bagi disket berkulat.


Pak Awi baiki TV sangat hebat, banyak kedai Cina hantar kepada dia jika TV tak boleh dibaiki. Tapi ada satu aje yang aku tak setuju dengan dia masa itu, buka aje dia 'cas' RM30. Aku tanya dia kenapa kena bayaran? Dia tunjuk kepala dia... (hampir botak). Ni rambut aku gugur kerana fikir masalah nak selesai TV yang rosak mereka tak fikir. Dulu katanya rambutnya elok tapi lama kelamaan jadi jarang pasal banyak sangat nak selesai masalah kerosakkan TV.

Aku ada banyak cerita pasal Pak Awi tapi rasanya bukan itu tujuan aku tulis artikel ini. Aku nak cerita pasal botak.

Botak atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai alopecia adalah keguguran rambut yang biasanya kekal.
Satu jenis adalah alopecia areata yang akan dibincangkan dalam artikel ini. Alopecia areata adalah penyakit autoimun, satu keadaan di mana sistem imun menyerang badan itu sendiri. Oleh itu, keadaan ini tidak termasuk penyakit berjangkit.

Pakar mengesyaki bahawa faktor genetik mempunyai pengaruh yang besar sebagai pencetus bagi keadaan ini. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang pergi botak, risiko anda mengalami keadaan yang sama. Keadaan autoimun lain seperti lupus atau diabetes jenis 1 juga berpotensi meningkatkan risiko botak.

Gejala Botak

Botak  boleh berlaku pada rambut di kepala atau bahagian-bahagian badan yang lain. Tahap ini juga berbeza-beza, terdapat botak di satu tempat dan apa-apa pada masa yang sama di beberapa bahagian.Tanda-tanda awal kebotakan adalah kemunculan tempat yang botak pada rambut di kepala atau bahagian-bahagian lain, seperti kening atau janggut . Saiz botak yang dibentuk juga pelbagai. Penunjuk ini biasanya akan diiringi dengan peningkatan dalam jumlah keguguran rambut.
Selain rambut, botak juga kadang-kadang menjejaskan kuku dan kaki. Sebagai contoh, muncul bintik atau garis putih pada kuku, kuku yang bertukar kusam dan kasar, dan hujung kuku beralun.

Apakah Alopecia Areata,Totalis dan Universalis ?

Alopecia adalah ungkapan umum yang merujuk kepada keguguran rambut yang kebiasaannya menjejaskan kulit kepala. Bagaimanapun terdapat beberapa jenis Alopecia yang berbeza, setiap masing-masing dengan sebab dan kesan yang berbeza kepada tubuh dan memerlukan rawatan-rawatan berbeza. Alopecia boleh dikesan pada bahagian depan dan atas kepala sebagaimana yang biasa pada corak kebotakan lelaki. Ia mungkin bertompok sebagaimana keadaan yang dipanggil Alopecia Areate. Atau ia mungkin melibatkan keseluruhan kepala sebagaimana dalam kes Alopecia Totalis. Dalam kes-kes yang lebih teruk, ia boleh melibatkan keseluruhan badan sebagaimana Alopecia Universalis.

Alopecia Areata
Sejenis penyakit auto-imunisasi rambut. Ia adalah tompokan rambut sederhana pada kulit kepala; beberapa tompokan kecil pada kawasan kulit kepala muncul dan akhirnya bercantum bagi membentuk tompokan-tompokan yang lebih besar. Kulit pada tompokan tersebut adalah rata, pucat dan berkilat; tanpa sebarang rambut yang kelihatan sama sekali.

Alopecia Totalis
Merujuk kepada kehilangan rambut secara menyeluruh pada kulit kepala.

Alopecia Universalis
Merujuk kepada kehilangan keseluruhan rambut pada kulit kepala dan juga tubuh.


Apakah yang mengakibatkan Alopecia Areata, Totalis dan Universalis ?
Kajian-kajian perubatan terkini telah merumuskan bahawa ketiga-tiga jenis alopecia ini diakibatkan oleh keabnormalan dalam sistem imunisasi. Kesannya ialah sistem imunisasi tersebut menyerang tisu-tisu tertentu dalam badan. Melalui alopecia, folikel-folikel rambut yang terlibat akan diserang secara salah dan berkumpulan oleh sistem imunisasi seseorang (sel-sel darah putih), mengakibatkan peringkat pertumbuhan rambut terbantut. Folikel-folikel yang terlibat menjadi amat kecil, mengalami penurunan pengeluaran secara drastik, dan tidak menghasilkan rambut yang jelas di atas permukaan selama beberapa bulan atau tahun. Kulit kepala adalah kawasan yang paling biasa terjejas, namun janggut atau kawasan-kawasan berambut yang lain juga boleh terjejas samada secara sendiri atau bersesama.

Kajian yang telah dilakukan menunjukkan terdapat hubungkait genetik dengan mereka yang disahkan menghidap alopecia. Majoriti besar dari mereka yang menghidap alopecia mempunyai gen keturunan yang boleh menjadi punca kepada masalah keguguran rambut mereka.

Adakah tekanan psikologi jangka panjang dan kejutan ekstrim boleh mencetuskan alopecia? Ramai dari mereka yang baru mengalami alopecia pernah mengalami tekanan-tekanan dalam hidup, seperti masalah-masalah kerja, keluarga, mengalami kematian, pembedahan, kemalangan dan sebagainya.




##

Post a Comment

0 Comments