JIKA sebelum ini, anak lelaki pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi diraikan pada Majlis Konvokesyen Huffaz.
Hari ini, sempena sambutan Maulidur Rasul, giliran anak perempuan mereka, Marissa Dania Hakim, diraikan Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018 di Kuala Lumpur.
Norman begitu teruja dan gembira kerana anaknya menerima anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri.
Menerusi Instagram miliknya, Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad SAW ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait
Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018 . . Anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri untuk @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ . . Apa itu Qasidah Burdah?Qasidah Burdah adalah terjemahan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w ke dalam bentuk bait-bait puisi kesusasteraan Arab oleh Imam Al-Busiri yang mengandungi 160 bait . . Dan Alhamdulillah syukur Ustazah bagitau Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa 4 hari.Allahu alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya Allah Maha Pengasih & Pemberi segala nikmat & rahmat . . Terima kasih Ya Allah kerana memilih & memberi peluang kepada anak2 kami dalam memperjuangkan kitab2 suciMu🙏🏻Malah difahamkan, anaknya juga merupakan pelajar perempuan pertama berjaya menghafal 160 bait dalam tempoh empat hari.
"Alhamdulillah syukur Ustazah maklum, Dania adalah pelajar wanita pertama yang dapat hafal 160 bait itu dalam masa empat hari.
"Allahu Alhamdulillah syukur terima kasih sekali lagi Ya ALLAH, maha pengasih dan pemberi segala nikmat serta rahmat," katanya mengucap syukur kerana memilih dan memberi peluang kepada anak-anaknya dalam memperjuangkan kitab suci.
Dalam pada itu, Norman turut mengajak netizen untuk terus mengisi masa terluang hari ini dengan memuji dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
##
0 Comments