About Me

header ads

Nak tapis video (filem) dengan subtitle sekali?


Mereka yang cebur diri dalam multimedia terutama 'kaki edit' video dan filem akan biasa dengan sofware spliter dan joiner dan terlalu banyak software ini ada yang free, separa free dan berbayar.

AVI Slitter


Zaman dulu format video yang biasa ialah AVI dan MPG sahaja. MKV datang kemudian kemudian, termasuk 3GP. Mereka yang kenal AVI dan MPEG-1 sahaja.

Jadi nak kerat video mudah guna portable, tak perlu install. AVI Splitter antara pilihan. Walaupun dah lama software ini tapi masa ada yang menggunakannya termasuk Cikgu Wan Moh Anuar kaunselor sekolah aku.

Any Video Converter

Dalam kerja-kerja convert video daripada satu format ke format lain biasanya aku guna Any Video Converter.
 



Mudah dan tidak banyak cerewek selepas di convert. Hanya makan masa sedikit untuk convert sesuatu video. Anda boleh dapatkan software ini di channel telegran https://t.me/software_application/2395


Kelebihan software ini bukan sahaja boleh convert, tapi boleh nak kerat agenda yang kita tak mahu dengan subtitle sekali (subtitle terus ada pada video). Kelemahannya agak cerewek nak setting dan makan masa proses convert.

Boilsoft Video Splitter & Joiner

Satu lagi software yang aku guna ialah Boilsoft Video Splitter dan Boilsoft Video Joiner. Dua software berasingan. Kelebihannya mudah.


Ini biasa saya guna untuk video panjang kepada 10 atau 20 sekmen kecil dengan masa 30 saat atau 15 saat setiap satu bagi nak masukkan kedalam software Photodex ProShow Producer untuk buat video klip lebih mudah.



Video-video bersiri misal kartun Doraemon, Naruto dll boleh dicatum dengan menggunakan Joiner. Jadi mudah ditontong pada satu fail 1 jam atau 2 jam.

Video Edit Master


Solfware sangat kecil portable tapi sangat mudah digunakan. Selain itu kerat filem dan cantum semula tak sampai satu minit.

Saya terjumpa software ini semasa saya aktif kumpul filem untuk tayangan anak-anak. Jadi semua filem yang dah ditapis selamat ditayangkan umum.

Malangnya software ini hanya boleh kerat format AVI dan MPG sahaja. Bila fail MKV aku terpaksa cari software alternatif lain.

Freemake Video Converter 


Software free ini (hanya perlu crack untuk masuk subtitle) juga mudah untuk kerat filem dengan convert termasuk subtitle sekali. Satu lagi baiknya kita boleh set berapa saiz fail yang kita nak hasilkan nanti. Ini boleh atasi sesetengah TV yang tak boleh baca fail MP4 yang saiznya besar daripada 1.5GB atau 1GB. Anda boleh setkan sahaja kepada 700MB untuk fail hasilnya. Jimat masa, jimat ruang. Kelamahannya makan masa untuk convert dan subtile tak boleh diubah macam Any Video Converter.

Cute Video Cutter 


Software ini adalah yang terbaik mengantikan Video Edit Master kerana boleh kerat hampir semua format video. Terbaik antara spliiter. Hanya masalahnya selepas kerat kena edit subtitle untuk nak samakan dengan percakapan. Ini satu kerja yang cerewek.

Wondershare Filmora


Budak-budak muda sekarang termasuk anak murid aku yang masuk pusat pengatian dan yang masih bersekolah suka software Wondershare Filmora kerana selain boleh edit video macam Vegas Pro, Wondershare Filmora ada Isntant Cutter yang boleh kerat filem.


Hanya kelemahannya selain tak boleh kerat bersama subtitle Filmora juga tak boleh kerat format MKV.

Jadi apa penyelesaiannya...
Kerat filem kemudian betulkan dengan software Subtitle Edit. Ini saya akan terang kemudian.

Tapi baik guna SolveigMM Video Splitter Business Edition.

SolveigMM Video Splitter


Ini yang terbaik yang aku guna sekarang, boleh kerat filem dengan subtitlenya sekali. Selepas kerat cantum pun tak sampai 1  minit. Boleh kerat semua format video termasuk MKV. Hanya sedikit kelemahan kalau banyak sangat kerat ada 'lari sikit' subtitle.

Anda boleh ambil di Telegram di https://t.me/software_application/2711


Selamat mencuba dan pastikan filem ditayangkan kepada keluarga anda ditapis untuk adegan ganas, seks dan moral. Susah juga nak potong filem... Cerewek nak mampus... nanti ada masa aku menulis mengenainya.

##

Post a Comment

0 Comments