About Me

header ads

Tampar Pelajar

Cik Azizan dibebaskan drp tuduhan - Gambar akhbar

Pertama lama tak menulis di blog Nota Tercicir ini. Mungkin ada yang rindu tulisan aku agaknya (perasan). Sebenarnya aku rasa tak selesa nak menulis tajuk ini. Ya tajuk yang akan menunjukkan seorang guru yang beremosi serta membuat tindakan meluru.

Aku sokong sepenuhnya dalam kes Cikgu Azizan tapi dalam hati kecil aku masih terlintas bahawa tindakan Cikgu Azizan atas pelajarnya adalah SALAH. Kita kena mengerti tindakan salah kadang kala boleh membawa kesan yang sangat baik.... Tapi banyak boleh bawa kesan buruk.

Semasa kita belajar mengaji (al Quran) kalau ada guru 'bengkeng' (garang) mungkin kita cepat pandai. 'Bengkeng' bukan pendekatan yang baik tapi natijahnya boleh jadi baik.


Aku tak tahu apa situasi Cikgu Azizan semasa dia tampar pelajar nakal buli dan hidu gam tersebut. Dan sukar untuk aku nak kategori dia beremosi atau tidak semasa keadaan itu.

Sebagai guru disiplin kita sentiasa berada dalam 'mod emosi', apa tidak bila sampai ke sekolah kita nak kawal  seribu lebih pelajar. Mak bapak dia orang anak dua tiga orang dah pening.

Kali ini aku tak nak cerita pelajar pertama yang kena tampar dengan aku, tapi aku akan cerita seorang ketua samseng di sekolah yang aku tampar pada hari pertama persekolahan.


Pelajar SMKSO tahun 2000

Ini gambar perhimpuunan tahun 2000. Kejadian sebelum itu
Perhimpunan sekolah pada masa itu dibuat dalam dewan sekolah, tak pasti rasa mungkin tahun 1998. Kerana tahun 2000 perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar (SMKSO) telah dibuat diluar sekolah.

Dewan SMKSO - Aku sedang ambil video

Hari pertama sekolah kami guru-guru berada atas pentas, manakala semua pelajar berada di dalam dewan untuk taklimat pertama Tuan Pegetua. Tahun itu ramai guru-guru baru datang ke sekolah SMKSO termasuk seorang guru kauselor.

Semasa menunggu tuan pegetua hadir, suasa agak kelam kabut. Pelajar bising dan beberapa orang guru yang mengawal perhimpunan ta boleh kawal pelajar.

Aku ada atas pentas berdiam diri....

Sambil perhati gelagat pelajar yang bising. Aku lihat kepala samseng yang mengetuai keadaan "higau bigat". Aku masih diam dan berfikir.. Kalau aku pergi ke 'mic' terus minta pelajar diam pelajar tak diam macam mana? Takka aku nak tengking?? Bodohlah aku.. Aku masih terpaku di kerusi atas pentas bersama guru-guru lain yang menunggu tuan pegetua datang.

Kalau aku turun terus tampar ketua budak samseng yang buat bising tu, aku rasa satu dewan akan diam... mari fikiran jahat aku... Aku fikir pula apa kata guru-guru baru sekolah ini yang belum kenal aku.. "Cikgu Zul ni emosi bodoh" mungkin itu akan terlintas dalam kepala mereka. Sebab mereka tak kenal siapa Cikgu Zul. Apatah lagi kaunselor baru mesti dia kata "Ketua Guru Disiplin" sekolah itu TERUKlah!!

Gambar Hisasan

Aku pun bangun daripada kerusi, terun pentas dan berjalan dalam langkah yang selamba... sampai tempat ketua pelajar samseng. Terus aku bagi sebijik!!

Aku pusing dan berjalan balik semula ke pentas duduk semula atas kerusi aku.

Satu dewan senyap.. Betul jangkaan aku.

Habis cerita pasal pelajar (bos samseng pula tu) kena tampar hari pertama persekolahan. Satu lagi natijah selain daripada diam, sekolah pun agak amam sikit tahun berkenaan apa taknya bos samseng kena tampar hari pertama... anak buah nak buat jahat pun tak berapa berani terbayang mungkin hansem aku!!! he he!!

Cikgu Che Wan Ismail

Beberapa hari kemudian, Cikgu Che Wan Ismail kaunselor baru panggil aku ke biliknya. Aku pergi ingat nak bincang kerjasama Unit Kaunseling dan Unit Disiplin tapi rupanya dia nasihat aku tentang kejadian tampar hari perhimpunan tersebut. Dia kata, dulu semasa muda dia juga guru disiplin dan banyak pukul pelajar... bla..bla.. bla...bla... bla...

Banyak juga aku kena kaunseling.. Sepatah pun aku tak jelas apa yang ada dalam fikiran aku sebelum aku tampar pelajar berkenaan. Dia tak tahu sebelum aku buat keputusan nak tampar banyak kali aku berfikir nak.. atau tak nak. Aku hanya diam mendengar aje.. Aku masa itu menjadi pendengar terbaik!

Dalam hati aku "orang tua" ni banyak sungguh leternya...

Habis cerita aku dengan Cikgu Che Wan Ismail menjadi rakan kerja terbaik. Kami cukup rapat. Malah semasa UNIT DISIPLIN hampir dibubar, termasuk bilik disiplin oleh seorang pengetua yang "tak pandang" kepada kami guru-guru disiplin, Cikgu Che Wan Ismail tawar biliknya untuk aku 'duduk', tapi aku tak duduk hanya Cikgu Ghanami sahaja yang duduk di situ.

Rupanya pendekatan diam membisu leteran kaunseling menghasilkan natijah yang baik juga. Kalau aku emosi aku tengking situa tu... Aganya aku dengan Che Wan Ismail kawan rapat tak??

Aku panggil dia "SITUA" sehingga sekarang. Dia tak tahu kenapa aku panggil dia 'situa'. Dia ingat aku suka "berayor" (bergurau). Kalau dia terbaca catatan ini maka terbongkarlah misteri panggilan itu...

Aku berpendapat, berkasar dengan pelajar kita boleh tapi jangan emosi. Bila kita emosi kita bukan sahaja merosakkan diri kita tetapi orang yang kita hadapi termasuk anak didik kita....

Nanti saya sambung pasal emosi dan marah..





Post a Comment

0 Comments