Falsafah
Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua yang philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan kemanusian). Falsafah adalah sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi.
Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti.
Ciri-ciri falsafah yang baik:
- Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas.
- Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti.
- Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan.
- Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan memberi penerangan.
- Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.
Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru supaya memahami peranannya yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan berterusan.
Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.
Matlamat dan Objektif
Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam Pendidikan Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut:
- Memahami apa yang hendak dilakukan.
- Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan dengan masalah.
- Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani.
- Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
- Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.
- Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan mereka di dalam program di bawah penjagaan mereka.
.²Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan²
(Pusat Perkembangan Kurikulum,1999)
Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut:
- Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
- perlakuan motor;
- Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;
- Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
- Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
- Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
- Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
(Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999)
Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial maka melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia.
0 Comments