About Me

header ads

Gula-gula dengan logo halal yang mengelirukan!

Sekarang di sekolah aku setiap kali mesyuarat akan di hidangkan gula-gula. Mungkin untuk hilang rasa mengatuk atau untuk "menutup mulut" mereka yang suka bercakap, sebagaimana sambutan Tahun Baru Cina dibuat Kueh Bakul untuk menutup mulut dewa....

Pemilihan gula-gula untuk ini, kalau diteliti tanda halalnya agak tidak begitu jelas. Sebelum ini aku pernah tulis tentang air C2U Clean & Cool (sila baca Halal betul ke ni?) yang halalnya juga ada sedikit kekeliruan.

Bila aku sebut "coklat" (orang luar panggil gula-gula) ini tanda halalnya tak jelas, ada guru bertanya aku ada babi ke?

Aku sebenarnya agak pelik juga bila persoalan halal diungkit ramai akan kaitkan dengan babi. Makanan yang ada di surau atau masjid bukan hak kita kalau kita makan itu pun sebenarnya TAK HALAL!! Sama juga air zam-zam yang diambil secara tak sah atau dicuri di Pasaraya Mydin pun tak halal di minum walaupun di itu adalah air zam-zam!

Masa aku di Sarawak, kami makan kueh muih di satu warung, Melayu Sarawak. Aku kebetulan minta ais dan dia suruh aku naik ketepi rumahnya kebetulan peti air berada diluar hampir dengan warung. Bila aku buka peti ais aku terkejut ada Carlsberg. Selepas itu aku tak nak ke warung itu untuk makan kueh, ramai kawan aku tak setuju katakannya takkan dalam kueh itu ada carlsberg!

Aku jawab, kalau orang yang menghidang kita sesuatu tak ambil kisah tentang halal dan haram, dia boleh minum carlsberg sehingga penuh dalam peti di rumahnya. Apakah dia kisah untuk halal dan haram dalam proses membuat kueh. Ayam dan daging digunakan itu disembelih atau tidak?

Perbandingan mudah boleh saya buat ialah jika saya katakan jangan minum air yang dijual di pasar minggu kerana air yang digunakan adalah air paip bukan air masak. Orang akan kata tak ada yang sakit pun minum pelbagai air di pasar minggu.

Betul, minum air lopak pun tak ada masalah. Minum air perigi pun boleh membesar. Ini pun aku pernah tulis (sila baca Air tempayan sahaja membesarkan aku) tapi soalnya kita sebut untuk kita ambil perhatian.

Begitu juga soal logo halal. Peringatan yang diberikan sebagai satu saluran untuk kita lebih berhati-hati. Kita juga diajar untuk tidak menyiasat sehingga nak tahu daripada sumbernya... Tapi dengan logo halal JAKIM kita rasa lebih terjamin.

Walapun orang kata cerewet nak dapatkan logo halal JAKIM, aku setuju kalau aku jadi pegawai JAKIM aku pun akan cerewet kerana ini soal darah daging yang akan tumbuh untuk kehidupan kita.

Kita telah dibentangkan dengan hadis bagaimana orang yang berdoa kepada Allah tapi doanya tak sampai kepad Allah kerana makan dan minumnya daripada perkara yang haram.

Dalam satu hadis, diceritakan keadaan orang lelaki yang kelihatan kusut rambutnya kerana tidak pernah dibersihkan.

Warna mukanya berdebu kerana lama dan jauh dalam perjalanannya sambil mengerjakan ketaatan kepada Allah dan berdoa menghulurkan dua tangannya ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Berikanlah kepadaku, sampaikanlah hajatku.”

Demikianlah hal orang itu yang berharap supaya diterima doanya. Tetapi malang pula nasibnya kerana berdoa dalam keadaan sedemikian rupa, tidak diperkenankan dan hajatnya tidak dimakbulkan.

Ini disebabkan dia tidak memenuhi syarat yang sangat diperlukan dalam berdoa iaitu makanan, minuman dan pakaian yang halal.

Aku hanya menunjukkan rasa prihatin. Tak kisah orang nak ambil peduli atau tak, kita sekadar menyampaikan.

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah" (Surah al-Baqarah, 2:172).

##

Post a Comment

0 Comments