About Me

header ads

Otak orang Melayu antara otak Manusia Terbaik??

Bila saya menulis tentang Melayu jangan anggap saya 'bias'. Saya juga bukan perkauman kerana jika diteliti secara saintifik Melayu yang ada dalam diri sahaja hanya sekitar 25% sahaja walaupun dalam kad pengenalan saya tercatat dengan jelas MELAYU. Kad pengenalan sebenarnya bukan boleh diguna pakai sangat. Tak hairanlah pendatang sekarang ada kad pengenalan rakyat Malaysia, apatah lagi jika pilihan raya akan tiba. Kad pengenalan boleh dibuat macam "cip more..." Sekejap ada selepas itu tak ada...

Tun Mahathir pun rasanya macam seketurunan dengan saya. Saya teliti bila beliau bercakap perkataan Melayu tak lekang daripada bibir mulut beliau. Jadi rasanya tak salah kalau saya bercakap atas isu otak orang Melayu.

Dulu masa saya kecil, selalu saya dengar ada pertandingan otak manusia yang terbaik di seluruh dunia. Bila orang tanya satu otak yang sudah rosak teruk, lalu penganjur pertandingan mengatakan ini adalah OTAK ORANG YAHUDI...

Ada banyak lagi otak yang rosak seperti tadi, lalu penganjur menjawab itu adalah otak 'masyarakat di Amerika Syarikat'.

Pelawat terkejut dan kagum dengan satu otak yang terlalu sempurna seperti baru dikeluarkan daripada plastik. Orang ramai yang hadir dalam pertandingan itu bertanya, otak siapa ini?

Lalu penganjur menjawab ini adalah OTAK ORANG MELAYU.

Kenapa begitu elok otak ini, salah seorang yang hadir bertanya. Lalu penganjur menjawab orang Melayu TAK GUNA OTAK DIA!!  pasal tu masih baru lagi... !!

Cebisan otak Albert Einstein
Cerita yang saya ungkapkan ini tak ada kaitan dengan pameran Dua cebisan otak saintis legenda, Albert Einstein  kepada orang ramai pada satu pameran di Britain.

Cebisan otak saintis yang memperkenalkan teori relatif itu diletakkan dalam bekas kaca pada pameran Brains-The Mind as Matter di London semalam 27 Mac 2012.

Spesimen itu disediakan oleh Doktor Thomas Harvey yang bertugas di hospital tempat Einstein meninggal dunia pada 1955.

Einstein merupakan ahli fizik dan ahli sains yang bepengaruh. Beliau dianggap sebagai bapa fizik moden dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921.

Semasa saya mengajar Fizik saya telah melatih diri saya mengenaili secara detail ahli sains terutama ahli Fizik seperti  Albert Einstein, Isca Newton, Archimedes dll supaya pengajaran saya lebih mantap.

Selain cebisan otak Einstein, beberapa sampel otak individu terkenal lain termasuk ahli matematik Britain, Charles Babbage dan pembunuh kejam, William Burke turut dipamerkan. Para saintis menyatakan otak manusia mengandungi 100 bilion sel saraf dan sekitar 100 trilion sinap atau sambungan saraf.

Satu perkara yang boleh difikirkan ialah kenapakah ilmuwan Islam terdahulu memiliki otak genius dan mampu menguasai pelbagai bidang? Banyak faktor yang menyumbang tetapi unsur pemakanan tidak boleh diabaikan. Corak pemakanan yang menepati pemakanan sunnah harus diambil kira. Berbeza dengan budaya pemakanan masyarakat kita pada masa sekarang. Kadangkala sensitiviti pemilihan makanan terbaik tidak wujud dalam diri masyarakat kita sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Akan datang kepada manusia suatu zaman (ketika itu) seorang tidak lagi peduli dengan apa yang dia dapatkan, apakah dari yang halal atau haram?- HR Bukhari.

Kajian oleh saintis Mind Research Network membuktikan bahawa bahan kimia di dalam otak iaitu N-acetylaspartate (NAA) lebih tinggi arasnya dalam individu yang mempunyai kepintaran yang tinggi berbanding mereka yang mempunyai kepintaran yang sederhana. Maka, penjagaan atau pemeliharaan bahan kimia atau neurotransmiter otak adalah penting untuk mengoptimumkan keupayaan dan kecerdikan seseorang. Sudah pastilah melalui diet dan pemakanan yang baik dapat mengekalkan dan memelihara bahan kimia tersebut pada aras yang optimum.

##

Post a Comment

1 Comments