Aku memang ada sifat suka menonton, walaupun separti aku tulisa sebelum ini hanya 5 kali ke panggung wayang sepanjang hayat. (Baya artikel ini Transformers 3 Dark Of The Moon ciplak skrin (scene) cerita The Island (2005)?). Aku lebih banyak menonton melalui video, CD, DVD atau file download.
Bila kahwin aku macam tak serasi sedikit dengan isteri aku sebab dia tak suka menonton.. tapi kami buat hal masing-masing. Masa tu kalau menonton guna PC biasa kena ada kad MPEG yang nilai hampir RM200. Tapi PC aku 'sepsial' sikit tanpa kad MPEG aku boleh tonton pasal aku secara tak segaja mengubah suai kad grafik S3 aku dengan mengambil cip memori pada kad grafik advand logic. Dengan hanya menggunakan XING 3.3 aku telah boleh melihat filem.
Kalau aku nak menonton aku tutup bilik it aku, aku tutup lampu Masa tu aku tinggal di rumah sewa nak masih belum punya anak kerana baru kahwin mungkin 3 atau 4 bulan.
Bini mana boleh duduk seorang di bilik, dia datang ke bilik aku dan kami menonton bersama dan aku ingat lagi cerita Anaconda. Orang perempuan mana boleh tengok filem macam tu... 'takut'!!
Anaconda adalah ular "nonvenomous" terbesar yang dijumpai di Afika Selatan.
Selepas 9 bulan anak aku dilihirkan. Mulutrnya berair sekit dan ada disebut ini mesti kenang "anaconda". Dalam joke aku selalu mengusik perkara ini tapi sebenar ini adalah keprcayai karut yang bodoh!
Mengikut kajian bukan Anaconda ular terbesar, ada lagi berdasarkan kepada fosil dikenali sebagai Titanoboa atau ular prasejarah. Sebuah replika ular prasejarah raksaksa sepanjang sebuah bas sekolah dipamerkan kepada orang ramai di Muzium Nasional Sejarah Semulajadi, Washington, US.
Titanoboa ialah ular prasejarah terbesar di dunia dengan memiliki panjang sekitar 16 meter. Reptilia pemangsa itu dipamerkan di Muzium Nasional Sejarah Semulajadi bersama haiwan bertulang belakang lain hingga Januari 2013.
Fosil Titanoboa pertama kali ditemui di sebuah lombong arang batu di Colombia pada 2004. "Ular ini ini menjadi bukti betapa ajaibnya alam semula jadi," kata seorang saintis yang turut membantu membuat penemuan tersebut, Carlos Jaramillo.
Menurutnya, ular itu memiliki berat lebih 1,000 kilogram. Ia ditemui berhampiran beberapa fosil pokok, penyu gergasi sebesar meja makan dan haiwan lain yang dipercayai berusia lebih 60 juta tahun dahulu iaitu era selepas kewujudan dinosaur.
0 Comments