CorelDraw adalah software terbaik bagi aku kerana dengan CorelDraw aku boleh buat apa sahaja, seperti menaip surat, membuat jadual (table), buat kad, pamplet, majalah dsbnya. Tak perlu lagi Microsoft Word atau Publisher. Buku rekod mengajar aku dah lebih 4 tahun aku buat dengan CorelDraw 100%.
Photoshop software kedua yang menawan hati aku. Dengan gabungan CorelDraw dan Photoshop hasil kerja menjadi lebih mantap. Pada kebiasaannya orang gabungkan Adobe Photoshop dengan Adobe Indesgn tapi aku mengabungkan Photoshop dengan CorelDraw.
Zaman dulu, Lotus Amipro/WordPro adalah software terbaik bagi aku pasal aku boleh melukis tolok skru mirometer (subjek Fizik) hanya dengan Amipro sahaja. Tapi akhirnya Lotus telah tewas dalam perlumbaan mendepani market. Bukan kerana Amipro tak canggih tapi kerana Bill Gates memang bijak memusnahkan persaingnya.
Berbalik kepada CorelDraw, walaupun sepintas lalu kalau dilihat pada CorelDraw X5 dan X6 tak nampak berubah, tapi jika diteliti secara halus banyak perkara ditambahbaik. Misalnya PowerClip cukup mantap. Formatting text pada realtime, support 64bit.
4 Tool baru untuk CorelDraw X6 |
CorelDraw X6 didatangkan dengan 4 tools tambahan iaitu Freehand Pick, Smear, Twirl dan Attract yang akan memberikan rekabentuk yang lebih mantap kepada designer. Jika kita buat logo misalnya, tool baru ini boleh menambahbaik rekabentuk kita.
Fungsi baru untuk page numbering juga dimasukkan dan ini memudahkan terutama bila kita buat buku yang muka suratnya 100 ++ ke atas. Dulu terpaksa guna makro yang tersedia pada coreldraw tapi sekarang corel telah memperbaiki fungsi ini dengan menjadikan menu khas.
Installer CorelDraw boleh diperolehi 503MB (32bit), 496MB (64bit) dan 478MB untuk versi Portable.
Kalau nak 'keygennya' boleh e-mel kepada saya. Atau kalau anda kawan rapat saya boleh kongsi melalui Dropbox (http://db.tt/KtPZSdt), banyak perkara menarik telah saya masukkan dalam dropbox berkenaan selain keygen corel ini.
0 Comments