About Me

header ads

Sambutan Hari Jadi yang ke-57


Semalam aku tertidur selepas Maghrib. Dalam 'plan' selepas solat Isya' nak makan roti canai. Sebenarnya nak ajak 3 orang anak lelaki aku yang balik beraya solat di masjid. Lepas tu nak makan. Aku jangka jika dia orang tak ikut jadi aku nak makan seorang dan letak gambar dalam group keluarga... Aku bari dulu di katil... terus tertidur.

Bila aku bangun umur aku dah bertambah satu tahun.... Lihat jam pukul 3.45 pagi, dalam koyal aku ke bilik air ambil wuduk untuk solat Isya'... Lepas solat rasa lapar. Biasa isteri aku kalau aku tidur ada beli makanan kepada aku. Tapi bila aku  selongkar di dapur tak ada makanan. Teringatlah ada 3 'jentolak' balik rumah. Kalau ada mesti dia orang sapu punya... Lihat atas 'meja makan' ada buah mata kucing, buah limau maderin dan buah gemia. Makan buahlah aku 'pagi' ini.

Tahun ini saya dah buat perjanjian dengan ahli keluarga tak ada hadiah untuk sambutan harijadi/lahir. Kebetulan hari lahir saya jatuh bulan Januari, kemudian isteri saya Februari, Anak saya Mac, 2 orang Mei, Oktober dan Disember. Tiap kali hari lahir kami kadang kala 'gaduh-gaduh' (bahasa Trg) cari hadiah... menyusahkan aje. Itu tak termasuk yang lupa tarikh hari lahir.... he he

Sambutan hari lahir sekadar makan bersama dengan berborak dan beli hadiah 'simple' seperti makanan yang kita boleh makan bersama rasanya lebih baik. Bagi saya nak beli jam, kasut, pakaian atau apa-apa spesial misal telefon baharu tak perlu tunggu hari lahir. Bila perlu kita beli sahaja itu lebih menepati keperluan, bukan nya dapat sekali gus pelbagai barang pada hari lahir atau tunggu sehingga hari lahir baharu nak beli.

Jika ini berlaku maka berlakulah ada yang dapat barangan sehingga berlebihan dan bukan lagi menjadi keperluan seperti dapat pelbagai baju daripada 5-6 orang adik beradik. Ini menjurus kepada membazir. Seingat saya, saya tak beli telefon misalnya untuk anak-anak atau isteri saya pada hari lahir, saya beli jika mereka perlu dapatkan telefon melainkan terkena pada hari lahir.

Buat apa sambut hari lahir dengan kegembiraan berlebihan sedangkan pada hari lahir emak kita setengah mati mempertarungkan nyawa untuk melahirkan kita. Sepatutnya pada hari lahir pergilah jumpa ibu jika ibu ada atau ke kubur mereka berdoa, baca bacaan al Quran atau membersihkan kubur sambil berterima kasih kepada ibu dan ayah kita yang mana kita lahir kerana mereka. Doa anak kepada ibubapa bukan semasa mereka sudah tak ada.... doa mereka, doa juga kesihatan mereka itulah tanda kita anak yang mengenang budi dilahirkan di dunia ini.

Walahualam

Post a Comment

0 Comments