About Me

header ads

Jam murah atau mahal tak penting... asalkan selesa


Jam fake paling banyak dalam pasaran ialah casio, seiko, rolex dan citizen. Casio kadang kala kita sukar nak bezakan antara yang betul dengan palsu gred AAA hanya kualiti tali sahaja tidak tahan lama walaupun tak ada beza dengan ori. Kalau tali ori sebenarnya ada nombor siri dan semua bahagian ada no. siri (lihat gambar di bawah Seiko 5 automatik)


Semalam saya tukar bateri jam Casio G-Shock TMJ GAB-2100 (lihat gambar di bawah) dan betulkan jarum selepas anak saya pakai, bila rosak dia pulangkan kepada saya.


Jam ini saya beli mungkin dengan tambang sekali RM30 aje jika harga original RM599 (jadi mahal pasal TMJ pakai jam ini). Saya tak pasti kenapa saya beli.... Bateri G-Shock biasa menggunakan CR2025 yang di beli di D.I.Y hanya RM1.60 sebiji. (Kalau tukar di kedai jam mungkin paling murah pun RM15)


Jam fake biasa dibeli murah kemudian bila habis bateri, tercabut jarum mereka buang aje. Di Makmal komputer saya jumpa beberapa jam ditinggalkan dan bila saya iklan dalam group pelajar tak yang tuntut. Kesemua jam itu casio G-Shock.


Kalau jam Casio misalnya jenis analog+digital yang ni kalau betul mahir boleh buka tukar bateri. Susah sikit. Ini guna bateri 370, 371.... ada juga di labelkan SR920SW. Jika SR920W baterinya tahan lasak sikit. (lihat gambar label) Kalau tahu nombor boleh beli di kedai RM2, hanya RM2.40 sepapan (10 biji). Ada daripada China, Sony, Maxell dll

Ini bukan nak galakkan guna barangan palsu. Tapi cerita apa yang realiti dengan kehidupan palsu. Manusia ini sebenarnya banyak yang palsu daripada ori. Walaupun palsu hayatnya boleh diperbaiki. Jika kita nak 'hidup'.


Kalau nak jam murah tapi tahan lasak, anda boleh beli SKMEI. Jaminan setahun, boleh tahan air sehingga 5ATM atau 50m. Fesyen terkini dan banyak design menyerupai jam-jam mahal. Harganya sekitar RM20-RM60 sahaja. Ada yang lebih drp RM150++. Ini adalah original tetapi buatan China.

Gambar Carlos Cardini

Kalau nak jam sapphire (tak kalar). sapphire tahap gurisnya 9 berbanding gorila yang terkini tahap 6 (ada 4 dan 5) dan belian 10. Maknanya terkalar dengan belian sahaja. Boleh dapatkan yang harga berpatutan seperti Roscani, Carlo Cardini, dll yang harga sekitar RM250-RM400 (ini cermin sapphire)


Kalau nak jam automatik boleh dapatkan Seiko 5. Ni kalau beli kena pakai, jangan tinggalkan jam ini akan mati jika tak guna. Tapi bestnya tak perlu tukar bateri... guna tenaga kinetik. Paling murah sekitar RM400-RM1000 (jangan lihat harga diletak paling murah pun diletak RM750...) Tapi kena awasi sikit kebanyakan saiz 38 saiz perempuan walaupun untuk lelaki... Biasa lelaki suka saiz 42. Roscani biasanya 40. Seiko 5 banyak yang palsu, tapi guna bateri harga pun sekitar RM40 aje. Seiko ni jarang guna sapphire cerminnya adalah Hardlex Crystal Glass.

gambar E88

Smart Watch pula anda boleh beli SKMEI atau anda tahu no smart watch itu anda boleh beli dengan harga sekitar RM150-RM250 sahaja. Biasanya China buat untuk IPhone, Samsung dan Huawei tapi dia juga buat untuk jualan pasaran gelap sama dengan model berjenama dengan no kod misalnya E88 yang ada ECG+PPG dengan boleh semak suhu badan hanya sekitar RM200 sahaja. Model ini sama dengan apple watch series 8 yang harga RM1800++

Saya ada kawan belajar dulu, dia senior saya. Masa dia mula bekerja dia beli jam harga RM14k.. Pernah jumpa di Surau Tuan Guru Zainal Abidin, saya cakap kepada anak saya jam kawan ayah tu RM14k. Anak saya 'titir' (mendekati) nak lihat jam tu.

Bekas PK HEM sekolah saya juga pakai jam RM10k. Dia kini telah menjadi pengetua.
Jam, kalkulator, remove kereta, bateri PC sebenarnya lebih baik tukar sendiri. Kalau tak nak kena cekik.....

Bila pula saya bercakap pasal jam...
Bila pula saya guna jam?
Bila agaknya... Nanti rajin post lagi



Post a Comment

0 Comments