About Me

header ads

Microsoft Minta Organisasi Berhenti Guna Internet Explorer 11

 


Internet Explorer (IE) 11 dilancarkan pada Oktober 20013 hampir 10 tahun lalu yang dipasang secara automatik pada Windows 8, 8.1 dan Windows Server 2012.

IE ini bersaing rapat dengan Firefox. Ramai pembangunan web lebih suka IE kerana kemudahan daripada view source codenya berbanding Firefox.

Oleh kerana masih ramai lagi menggunakan Windows 8 dan 8.1 pengguna masih menggunakan IE walaupun Microsoft telah menggantikan dengan Microsoft Edge. Mungkin pengguna malas nak ubah apa yang ada.

Bukan itu sahaja, malah masih ramai lagi menggunakan Windows 7 yang lebih rendah versinya daripada Windows 8.

Bukan sahaja individu, malah organasasi/syarikat masih lagi menggunakan windows lama atas alasan menjimat kos membeli lesen untuk pernukaran windows terkini.

Microsoft kini meminta organisasi untuk berhenti menggunakan Internet Explorer 11, dan tidak menantikan tarikh akhir sokongan sebelum melakukan peralihan.

Microsoft buat masa ini menetapkan tarikh 15 Jun untuk menamatkan sokongan untuk Internet Explorer 11 – sekaligus menamatkan era pelayar web IE sepenuhnya.

Sebagai alternatif untuk IE, Microsoft menyediakan pelayar web moden Microsoft Edge. Ia turut hadir dengan mod IE khusus bersama dengannya, sekaligus membolehkan aplikasi mesra IE kekal dapat digunakan.

Sepatutnya microsof membuat arahan update wajib daripada IE kepada Edge bila pengguna membuka IE. Deangan itu perkara ini boleh diselesaikan.

Post a Comment

0 Comments