About Me

header ads

KPM cari penyelesaian terbaik isu guru kontrak

 


PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan sedang meneliti penyelesaian terbaik bagi isu guru kontrak perkhidmatan (COS) yang bakal tamat perkhidmatan pada Jun ini.

Menterinya, Radzi Jidin berkata KPM sentiasa prihatin dengan kegusaran dibangkitkan guru COS pengambilan Jun 2020 itu.

Justeru, katanya, kementerian sudah mengarahkan pihak bertanggungjawab memberi perhatian dan menyelesaikan kegusaran itu dengan kadar segera.

“KPM sentiasa prihatin akan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat tentang pendidikan. Terkini, perkara berkaitan kegusaran guru yang akan tamat kontrak COS mereka pada jun 2022.

“Sebenarnya perkara ini sememangnya dalam perhatian saya. Dalam hal ini, saya telah arahkan supaya perkara ini diberi perhatian dan diselesaikan segera. KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan tatacara yang berkuatkuasa,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, pengumuman akan dibuat selepas proses berkenaan selesai.

“Kami di KPM komited untuk melakukan yang terbaik demi kesejahteraan pendidikan generasi anak-anak pewaris negara,” katanya. - FMT

Post a Comment

0 Comments