About Me

header ads

Bagaimana Halang Orang Tidak Dikenali Tambah Kita Ke Telegram Groups?


Aku memang suka telagram berbanding whatsapp. Banyak kelebihan Telegram berbanding Whatsapp. Tapi ada satu aku 'serabut' dengan telegram. Main add kita dalam kompulan group yang giler-giler..

Kalau ada macam klik aje spam dan report.

Tapi takkan kita nak report aje... Boleh halang, engkau orang baca di bawah. Aku lening malas menulis...

................................

Akhir-akhir ini, salah satu masalah yang dihadapi ramai pengguna Telegram di Malaysia adalah dimana ramai ditambah masuk ke Telegram Groups secara automatik, tanpa persetujuan.

Kebanyakkan akaun dtambah adalah ke Telegram Groups berbentuk pelaburan atau kriptowang – yang kadang-kala agak mencurigakan. Perkara ini semestinya menimbulkan ketidak-selesaan, dan anda ingin menghalang daripada terus ditambah ke Telegram Groups yang tidak dikenali.

Penambahan ahli Telegram Groups secara automatik ini dilihat menggunakan tool khusus, dan tidak kurang juga pelbagai perkhidmatan ditawarkan semua melalui Shopee, yang menjanjikan penambahan sehingga 1000 ahli pada harga RM6. Mengikut beberapa penyenaraian, seseorang yang ingin menambah ahli ke Telegram Groups boleh membuatnya secara rawak, atau turut memberikan Telegram Group sasaran, dan ahli daripadanya akan ditambah ke akaun Telegram Groups baru yang dikehedaki.

Bagi anda yang ingin menjaga privasi, dan elak ditambah secara automatik ke Group-Group yang pelik, anda boleh lakukan:

  • Tap pada menu
  • Pilih Settings
  • Pilih Privacy & Security
  • Pada Groups, tap padanya, dan ubah kepada “My Contacts

Dengan perubahan ini, hanya rakan-rakan anda sahaja yang boleh menambah anda ke sesuatu Telegram Groups, dan bukannya mereka yang tidak dikenali.

Ini juga akan memudahkan anda untuk lebih menjaga privasi, dan elak ditambah ke Group-Group yang tidak diinginkan secara automatik.

Post a Comment

0 Comments