KUALA LUMPUR : Sesi proses
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) untuk satu tempoh masa yang
lama dikhuatiri boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak khususnya
bagi golongan prasekolah.
Menurut Pakar Psikologi Pendidikan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Azlina Mohd Kosnin, proses pembelajaran golongan itu adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang telah memasuki fasa persekolahan sekolah rendah.
“Apabila proses pembelajaran secara bersemuka, mereka bebas bergerak dan bergaul bersama rakan sebaya.
“Ini adalah lumrah kanak-kanak pada peringkat ini yang sememangnya gemar untuk bermain dalam masa yang sama kita tidak boleh mengekang mereka kerana bimbang keinginan mereka untuk belajar akan hilang,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Dalam
pada itu, Dr Azlina turut berpandangan kualiti PdPR yang dilaksanakan
merupakan faktor penting dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran itu
selain memerlukan sokongan penuh ibu-bapa di rumah untuk memastikan
kejayaannya.
“Kita sebut tentang kualiti PdPR kita perlu melihat kepada faktor guru yang mengajar online dan kerjasama ibu-bapa di rumah.
“Sifat kanak-kanak prasekolah tidak sama seperti kanak-kanak lain yang boleh uruskan diri mereka sendiri, berdikari maka kita perlu lihat perkembangan mereka secara menyeluruh,” katanya lagi.
Mengulas
lanjut, Dr Azlina turut berkata, proses PdPR yang terlalu lama juga
perlu dinilai dari segi kesan jangka panjang disebabkan faktor kumpulan
itu yang masih belum didedahkan dengan institusi pendidikan yang formal.
Hal
ini juga berkemungkinan boleh mendatangkan kesukaran buat golongan itu
apabila menjelang peringkat pendidikan yang seterusnya berikutan
kurangnya pendedahan terhadap mereka sewaktu berada di peringkat
prasekolah.
- Astro
- Astro
0 Comments