About Me

header ads

Menunggu perubahan drastik Whatsapp

 


Aku bukan pengguna tegar Whatsapp. Walaupun whatsapp menjadi kegemaran semua orang berbanding lain-lain aplikasi termasuk Telegram, aku macam tak teruja kerana rasa banyak sangat kelemahannya.

Aku lebih suka guna telegram antaranya aku guna telegram menyimpan data setelah harddisk 2TB aku terjatuh dan rosak. Kita hampir 3TB data software aku aku simpan dalam telegram... mudah dan selamat.

Dulu kalau orang nak pun aku software tak perlulah aku berikan harddisk atau pendrive, sekadar berikan link telegram aje.

Sorry bukan nak citer pasa telegram, nak bincang pasal whatsapp.

WhatsApp sebelum ini sedia memaparkan gambar dalam bentuk yang sedikit dipotong pada tetingkap sembang, dan memerlukan pengguna untuk membuka gambar berkenaan untuk melihatnya secara menyeluruh.

Perkara berkenaan tidak begitu disukai ramai, dan kini WhatsApp telah mengatasinya (mula ambil pandangan orang ramai setelah begitu ramai penggunanya berubah ke telegram)

Terbaru, kemaskini WhatsApp terkini memaparkan paparan gambar atau video secara menyeluruh tanpa “memotongnya” atau mengecilkannya. Ini membolehkan pengguna melihat secara menyeluruh sesuatu gambar yang dikongsikan tanpa perlu membukanya terlebih dahulu.

Langkah ini akan memudahkan lagi sesuatu perbualan untuk diteruskan dengan lebih pantas – selain mengelak anda tertipu dengan beberapa gambar yang sebelum ini tidak memaparkan kisah yang sepenuhnya. (Ramai orang buat kita kena scroll gambar... dan kena frank)

Perubahan ini masih lagi tidak menyeluruh dari segi kelemahan whatsapp yang gambarnya di'reduce' kulaliti, saiz video yang sangat limit dll.




Post a Comment

0 Comments