ISU rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual tidak boleh dijadikan sebagai satu bahan jenaka atau gurauan oleh mana – mana pihak. Isu rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual perlu dilihat sebagai satu isu yang serius oleh semua orang. Sekiranya kita jadikan isu – isu ini sebagai satu bahan jenaka atau gurauan ia dibimbangi akan menghantar satu isyarat yang salah kepada orang ramai mengenai isu – isu berkenaan. Setiap orang termasuk pelajar sekolah harus ketahui bahawa isu rogol, ugutan rogol ataupun gangguan seksual adalah satu isu yang serius dan tidak boleh sesekali dijadikan sebagai bahan jenaka ataupun gurauan. Jika kita tidak memandang serius terhadap perkara ini dari sekarang, pelaku akan menjadi lebih berani untuk jadikan isu – isu sebagai bahan jenaka ataupun gurauan dan akan melakukan kesalahan yang lebih berat dimasa akan datang.
Penting
untuk diketahui, isu melibatkan rogol, ugutan rogol ataupun gangguan
seksual memberi kesan yang besar terhadap diri mangsa terutamanya kesan
mental dan emosi. Sekiranya tiada langkah diambil bagi membantu mangsa
dari awal, mangsa boleh terdedah dengan masalah tekanan perasaan atau
depresi dan mangsa juga boleh melakukan pelbagai perkara yang boleh
mengundang bahaya terhadap diri mereka sendiri seperti perbuatan
membunuh diri. Isu
rogol,
ugutan rogol ataupun gangguan seksual ini adalah isu yang serius. Oleh
yang demikian, adalah penting supaya setiap ugutan ataupun gangguan yang
diterima dan diadukan oleh mangsa disiasat dengan serius dan tindakan
susulan diambil bagi memberi jaminan kepada mangsa bahawa dirinya akan
sentiasa dilindungi dibawah undang – undang dalam negara kita. Baru –
baru ini kita telah didedahkan dengan isu melibatkan seorang guru yang
dikatakan membuat lawak jenaka mengenai isu rogol terhadap pelajar –
pelajarnya. Salah seorang pelajarnya merasakan tindakan yang dilakukan
oleh guru berkenaan adalah tidak wajar lalu pelajar berkenaan telah
membuat laporan polis. Akibat daripada isu ini juga, pelajar berkenaan
telah menerima ugutan rogol dari rakan sekelasnya. Ini jelas menunjukan
kepada kita masih ramai pihak dalam negara kita yang masih tidak
memandang serius terhadap isu berkaitan dengan rogol, ugutan dan
gangguan seksual. Pendidikan dan kesedaran berterusan harus diberikan
kepada semua pihak dalam negara kita termasuk kepada para guru dan
pelajar disekolah berkaitan dengan isu rogol, ugutan rogol dan gangguan
seksual.
Rogol, ugutan rogol dan gangguan seksual adalah satu kesalahan jenayah yang serius dan tidak boleh dilakukan oleh mana – mana pihak. Sebarang ugutan dan gangguan berbentuk seksual tidak boleh dilakukan oleh mana – mana pihak dalam negara kita walaupun ia hanya dikatakan sebagai jenaka atau gurauan. Semua pihak harus belajar untuk ketahui batasan – batasan yang wujud dalam percakapan, jenaka dan gurauan seharian mereka. Ada perkara yang kita boleh bergurau dan berjenaka dan ada juga perkara yang kita tidak bergurau dan berjenaka. Perkara yang melibatkan rogol, ugutan rogol dan gangguan seksual tidak boleh dijadikan sebagai gurauan ataupun jenaka pada bila – bila masa dan dimana – mana pun.
Golongan pelajar harus di didik mengenai isu – isu ini dan usaha pendidikan ini harus dilakukan melalui cara yang bersesuaian dan profesional supaya tidak berlaku salah anggap ataupun konflik oleh mana – mana pihak. Guru memainkan peranan penting bagi mendidik pelajar mereka terhadap isu – isu ini. Namun, guru – guru perlu dilatih sebelum mereka dibenarkan bercakap perkara berkaitan dengan isu – isu ini kepada pelajar mereka. Pihak pengurusan sekolah boleh jalinkan kerjasama erat dengan persatuan dan badan – badan bukan kerajaan (NGO) dalam negara kita bagi melatih guru – guru disekolah mereka terhadap perkara ini.
Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu memandang serius diatas isu berkaitan dengan masalah gangguan seksual yang dilihat kerap kali dilaporkan berlaku dalam negara kita. Isu gangguan seksual ini bukan satu isu yang jarang kita dengari. Hampir setiap tahun kita akan didedahkan dengan isu ini. Kita telah didedahkan dengan isu yang melibatkan masalah gangguan seksual yang dihadapi oleh peguam muda, doktor pelatih, golongan wartawan serta pelajar di universiti. Masalah gangguan seksual ini perlu dipandang serius kerana ia memberi kesan yang amat mendalam kepada diri mangsa dan kehidupannya. Mangsa yang hadapi masalah gangguan seksual ini selalunya tidak dapat hidup dengan aman akibat daripada gangguan yang dihadapinya. Mental dan emosi mangsa gangguan seksual akan terjejas dan ini akan menyebabkan mangsa tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti yang biasa dilakukannya. Sekiranya tiada langkah diambil dari sekarang bagi membendungnya, masalah gangguan seksual ini akan terus berlaku dan lebih ramai pihak lagi dalam negara kita yang berisiko menjadi mangsa. Gangguan seksual ini boleh berlaku pada diri sesiapa pun tanpa mengira jantina mereka dan ia boleh berlaku dimana – mana tanpa mengira tempat dan masa.
Masalah
gangguan seksual yang berlaku dalam negara kita perlu dipandang serius.
Selain daripada mengunakan pendekatan proses pendidikan bagi melahirkan
kesedaran orang ramai terhadap isu gangguan seksual ini, negara kita
juga perlu memiliki satu bentuk perundangan yang kuat terhadap isu
berkenaan. Perlu diketahui, pada masa kini tiada akta khusus untuk
mengatasi masalah gangguan seksual yang berlaku. Mangsa gangguan seksual
boleh mengambil langkah perudangan melalui beberapa jenis saluran
seperti melalui Undang – Undang Buruh ataupun Kanun Keseksaan. Walaupun
terdapat pelbagai jenis peruntukkan undang – undang mengenai perkara
ini, pihak kerajaan digesa supaya memperkenal akta khusus berkaitan
dengan isu gangguan seksual seperti yang telah dicadangkan oleh pihak
badan – badan bukan kerajaan (NGO) dalam negara kita agar kesalahan itu
dapat diselesai mengikut peruntukan undang – undang yang lebih jelas
tanpa menumpang atau menggunakan akta lain seperti yang dinyatakan
diatas yang mempunyai kelemahan masing – masing terutamanya dari aspek
skop pemakaian undang – undang terbabit dan proses pembuktian yang
tinggi. Cadangan undang – undang khusus mengenai gangguan seksual yang
ingin diwujudkan berkenaan mempunyai dua matlamat penting. Pertamanya ia
mengkehendaki setiap pihak mengambil langkah proaktif mencegah gangguan
seksual dan keduanya ia menyediakan kepada pihak mangsa satu bentuk
proses pembelaan undang – undang yang lebih sesuai, berkesan dan
bermakna.
Dr Muzaffar Syah Mallow
Profesor Madya di Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Profesor Madya di Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
0 Comments