About Me

header ads

5 sekolah di Sabah ada kes COVID-19

 


KOTA KINABALU:
Sebanyak lima sekolah di Sabah telah merekodkan kes positif COVID-19.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata lima sekolah itu hanya membabitkan daerah Kota Kinabalu.

"Lima sekolah merekodkan kes positif COVID-19 iaitu SJK (C) Shan Tao Kota Kinabalu dengan tiga kes, SJK (C) Chung Hwa Likas (1 kes); SJK (C) Chung Hwa Kota Kinabalu (dua kes); SM Shan Tao (tiga kes) dan SRK Lok Yuk Likas dengan satu kes membabitkan seorang guru di mana kes itu direkodkan pada Februari lalu.

"Empat buah sekolah iaitu SJK (C) Yue Min Penampang, Yue Min Kindergarten Penampang, St James Likas dan Menggatal Lok Yuk Kindergarten tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19," katanya.

Beliau mengulas mengenai perkara terbabit dalam satu kenyataan media bagi menjawab dakwaan mengenai senarai sekolah di Kota Kinabalu dan Penampang direkodkan mempunyai kes COVID-19 yang tular di laman media sosial sejak semalam.

Post a Comment

0 Comments