About Me

header ads

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) persoal kenapa KPM tak boleh edar tab kepada pelajar, aku tolong jawab

 


Astro Awani online menyiarkan berita Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muhammad Fadzli Hasan, meskipun pelbagai pendekatan telah diambil kerajaan, namun, isu kekurangan peranti antara masalah utama dihadapi murid terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah.

"(Justeru) kena ada pengasingan dari segi nak melaksanakan PdPR dengan (memberi tumpuan) cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS) supaya murid tidak mampu diberi peranti tersebut melalui peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia.


"Sebagaimana kita tengok, Ustaz Ebit Lew boleh bagi (peranti) kepada berapa ramai rakyat Malaysia yang memerlukan, takkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan bertanggungjawab tidak boleh melunaskan tanggungjawab ini kepada mereka semua," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.

Muhammad Fadzil merujuk pada inisitif pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang baru-baru ini menyumbangkan sejumlah peranti berupa tablet kepada pelajar-pelajar sekolah yang tidak berkemampuan.

Ada lagi beberpa isu yang di utara oleh Muhammad Fadzil, tapi saya akan fokus kepada KPM KPM tak boleh edar tab macam Ebit Lew.



Ustaz Ebit Lew edar tab4 itu hanya 100 buah kepada satu kumpulan sasar. Selepas pengedaran itu Ustaz Ebit Lew berkenaan dilaporkan menerima kiriman 43,000 mesej yang dihantar kepadanya daripada pelajar-pelajar yang memohon bantuan beliau untuk membeli peranti bagi kegunaan PdPR.

Itu baru 43 masej, yang tak ada telefon nak hantar masej mungkin ramai lagi.

Sebenarnya KPM dah ada statastik pelajar yang tak ada gajet. Sekolah menengah 20% tak ada gajet, dan Sekolah rendah 80% tak ada gajet. Boleh kira bilangannya mengikut statistik pelajar sekolah yang ada di Malaysia.

Memang ini keperluan tetapi bukan keperluan utama buat masa kita hadapi masalah utama covid-19.

Kenapa nak banding dengan Ebit Lew, KPM tak boleh turun bagi aje tablet tanpa ada statistik dan maklumat tepat. Ustaz pendakwah ini boleh buat. Peranan ini sepatutnya dimainkan oleh PIBG sekolah. Buat apa ada PIBG lembab dalam masalah ini.

Aku pun tak nampak PIBG agresif dalam masalah ini. Memang ada yang hebat tapi tak menyeluruh dan ada masih dalam lamunan.

Ada banyak masalah di KPM berkenaan IT, masalah makmal komputer tak terurus, PC lama, peralatan tak menyeluruh, pengurusan IT lemah dan peranan organasasi urusan IT kelam kabut.

Menteri Pendidikan Baharu patut betulkan perkara ini.


Post a Comment

0 Comments