About Me

header ads

Dakwaan kertas peperiksaan bocor tidak benar


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan dakwaan mengatakan kertas soalan bagi tiga subjek peperiksaan SPM bocor seperti yang tular di media sosial.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Lembaga Peperiksaan sudah melakukan siasatan berkenaan dengan aduan yang diterima.

Bagaimanapun didapati dakwaan mengatakan kertas peperiksaan Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Cina bocor serta calon perlu menduduki semula kertas berkenaan adalah tidak berasas.


“Lembaga Peperiksaan ingin memaklumkan bahawa berita tentang kebocoran itu adalah tidak benar.

“Tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula kertas yang dinyatakan,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, kementerian menegaskan ibu bapa mahupun penjaga dan calon tidak perlu bimbang berkaitan khabar angin tersebut.

“Peperiksaan ini telah dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan dengan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya.

KPM juga memohon semua pihak agar lebih prihatin, berhati-hati dan tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak tepat kerana akan mengganggu emosi serta fokus calon termasuk ibu bapa.

Semalam tular di media sosial di mana terdapat perbualan di dalam grup aplikasi WhatsApp berkaitan isu berkenaan.

Dalam perbualan itu, pelajar diberikan skema jawapan dan perlu di hafal.

Skema jawapan itu diberikan sekitar sejam sebelum calon SPM memasuki dewan peperiksaan.

##

Post a Comment

0 Comments