About Me

header ads

Tingkatan 1, Tema 3 : Hidup Bermasyarakat

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
  1. Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  2. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.
  3. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR · Pemeliharaan alam sekitar

Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
· Pemuliharaan alam sekitar

Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.

LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.

ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
  • Alam Flora Sdn. Bhd.


JABATAN ALAM SEKITAR

PERANAN
Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.
Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar negara.

TANGGUNGJAWAB Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.

AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR 





PENEROKAAN HUTAN
Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah.

AKTIVITI PERINDUSTRIAN Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.

KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR






PENCEMARAN UDARA

PUNCA
Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.

KESAN
Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif. 



PENCEMARAN AIR


PUNCA
Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian

KESAN
Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.  




PENCEMARAN DARAT


PUNCA
Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.

KESAN
Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.     

PENCEMARAN BUNYI

PUNCA
Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.

KESAN
Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi. 



CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM

Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.

KESAN-KESAN BENCANA ALAM

Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

Post a Comment

0 Comments