About Me

header ads

Ramai Suka Yang Berbayar Daripada Yang Free


Dua tiga hari lepas, ada sahabat hantar nootebook minta masukkan Kaspersky 2015. Dia baru beli. Saya tak tahu harganya. Dia kata tak boleh masuk pasal tersekat dengan anti-virus sebelumnya yang diremove tapi masih ada frame (hidden).

Bila saya semak rupanya ada McAfee Agent didalamnya yang memang tak boleh dibuang secara biasa. Walaupun semasa nak install ada sediakan remove automatik, tetapi selepas restart notebook McAfee Agent ini ada semula.

Boleh disable melalui task manager tetapi masih hidup (enable). Ini kerja anti-virus bila dia masuk ke rumah kita dia tak nak keluar walaupun kita suruh keluar.

Ada juga kaedah membuangnya menggunakan "Managed Mode".
C:\Program Files\McAfee\Common Framework”
Type “frminst.exe /forceuninstall
tapi kalau folder McAfee telah diuninstall pasti fail frminst.exe sudah tiada.

Ada juga kaedah iaitu download remove tool daripada McAfee untuk buang. Tapi tidak berkesan sekiranya McAfee yang digunakan itu adalah pirate (crack atau istilah mudahnya curi).

Kaedah tradiosinal yang saya guna untuk masalah semacam ini ialah menggunakan "regedit". Taip aje regedit pada run, find McAfee dan delete satu persatu. Walaupun cara ini sangat letih dan cerewek tapi sangat berkesan.

Akhirnya saya berjaya membuang dan memasukkan Karpersky yang baru.

Kalau tanya saya untuk Windows 7, Windows 8 dan Windows 10 tak perlu masukkan antivirus, buat bazir duit sahaja. Kalau antivirus pirate buat LEMBAB pc atau notebook aje.

Saya dah tulis perkara ini, rasanya boleh baca di sini (Perlukah Antivirus Pada Windows 8 atau 8.1?)

Saya sebagaimana dalam tulisan tersebut, adalah pengguna McAfee bermula tahun 90' kemudian beralih kepada Karpersky pada tahun 2009.  Tapi bila wujudnya windows 8 saya terus menggunakan Windows Defender yang sedia ada (built-in) saya anti-virus terbaik adalah Defender.

Dua tahun lebih saya mengurus PC di makmal ICT (hampir 50 buah pc dan server) tanpa menggnakan anti-virus selain defender sedia ada. Setakat ini belum ada yang kena virus.

Ada orang tak setuju, termasuk kawan baik (kenalan 'geng' komputer) cikgu Musa. Takkan hebat sangat anti-virus Microsoft Defender??

Saya setuju Defender bukan yang terbaik tapi sekarang ini dia paling saya suka dan sangat mudah pengurusannya. Sebab itu setiap kali saya format notebook/pc sesiapa sahaja saya pesan jangan letak antivirus. Dia kata dah beli karpesky. Saya kata berikan kepada orang lain.

Jika pc/notebook yang hanya ada defender tiba-tiba masih kena virus atau spyware. Kita boleh tahu kategori penggunanya; kaki main games, kami download dan crack solfware atau kaki prono.

Ini biasanya spyware yang boleh melepasi defender.

Cara terbaik defender kena regu dengan Malwarebytes Anti-Malware (yang ini kena bayar). Jika ada malwarebyte ini bagi yang suka crack agak problem sedikit pasal dia delete terus fail tanpa sebarang notis tidak seperti defender.

Saya perna menggunakannya tapi saya dah buang kerana malwarebyte ini mampu delele fail daripada pendrive protection.

Sebenarnya banyak soifware free lebih baik daripada yang berbayar tapi sikap kita suka yang berbayar dan pandang rendah pada yang free.

Misalnya untuk buat notebook atau pc menjadi wifi hotspot, ramai yang guna "Connectify Hotspot" tetapi tak sedar bahawa "MyPublicWiFi" adalah lebih baik dan free.

Download video youtube, ramai guna pelbagai solfware sedangkan hanya tambah ss sahaja pada hadapan link secara percuma boleh download.

https://www.youtube.com/watch?v=UvHEK1dAL6k

https://www.ssyoutube.com/watch?v=UvHEK1dAL6k kita boleh download tanpa perlu solfware.

Ini adalah sebahagian contoh yang rasanya terlalu banyak untuk diterokai.

Sikap selalu memandang barang yang free kurang nilai membuat kita terlepas pandang ada barang free yang berkualiti dan sangat memudahkan.







Post a Comment

0 Comments