Semasa saya pergi memberi kursus video di PKG Paka, ramai dikalangan peserta telah mendapat gambaran kononnya CyberLink PowerDirector adalah yang terbaik. Masa itu versi 8. Saya secara peribadinya tak pernah "kobek" CyberLink PowerDirector. Banyak software video editing saya 'kobek' seperti Adobe Premier, Pinnacle, Vegas, Magic, Uled Media Studio dll termasuk iMovie dan MovieMarker,.. tapi tak pada CyberLink PowerDirector.
Kebetulan PKG Bukit Besi juga menggunakan CyberLink PowerDirector. Saya rasa semenjak saya tinggal lama video ni... aliran CyberLink PowerDirector telah menguasai guru-guru bermula daripada PKG.
Pada awal saya lihat, CyberLink PowerDirector macam setanding dengan Sony Vegas Pro malah ada yang kata dia lebih baik. Kenyataan ini mungkin subjetif....
Pernah saya buat kursus video (Vegas Pro) untuk PKG Seri Dungun, kebetul satu sekolah tu ada masalah dengan notebooknya, jadi semua versi Vegas tak boleh install... jadi saya install CyberLink PowerDirector kebetulan boleh. Semasa pembentangan, tiba-tiba sekolah itu nampak menarik videonya dan lain daripada orang.. Saya mula terlintas CyberLink PowerDirector bagus untuk asas sebab dia banyak auto...
Kelebihan yang ada pada CyberLink PowerDirector ialah dia ada Slide Show yang memudahkan untuk kita nak buat motaj ringkas bagi sesuatu program. Tak macam Pinnacle atau Vegas perlu buat secara manual.
Menarik slide shownya.... Saya cari satu software yang boleh menandingi slide show CyberLink PowerDirector. Saya terjumpa Photodex ProShow Gold 6.0 yang agak lebih baik lagi. Tapi CyberLink PowerDirector dah cukup.
Pernah berlaku, bila seorang sahabat saya kena buat video klik untuk satu program besar, dia kena bertolak ke Mesir... kawan dia minta saya buat. Alhamdulillah saya gambungkan Sony Vegas Pro, Pinnacle dan CyberLink PowerDirector dan video itu menarik sehingga ada yang tanya saya buat dengan apa?
Bagi saya CyberLink PowerDirector untuk amatur manakala Sony Vegas Pro lebih kepada yang pro kerana banyak perkara kena buat sendiri.
Untuk sekolah saya cadangkan baik guna CyberLink PowerDirector.
Untuk intallernya ( lebih kurang 1GB) sila ke...
Link Download (pilih salah satu): Uppit : http://links.aspirasisoft.us/XC Tusfiles : http://links.aspirasisoft.us/XD Userfiles : http://links.aspirasisoft.us/XB
2 Comments
Cikgu mcm mn nk zoom gambar ramai2 pada seorng tu sahaja mnggunakn cyblink power director?
ReplyDeleteCikgu mcm mn nk zoom gambar ramai2 pada seorng tu sahaja mnggunakn cyblink power director?
ReplyDelete