Akhir sekali garisan sempurna membentuk jalinan bagi menghasilkan rupa bunga yang sempurna.
Terdapat 2 jenis garisan iaitu:-
1. Garisan pada sumber alam.
2. Garisan pada objek buatan manusia.
Pelbagai bahan media dan teknik boleh menghasilkan kesa garisan yang berlainan seperti :-
1. Pensil/Pen - Lukisan
Garisan berlingkar, lengkok, bergerigi, berpancaran dll membentuk satu lukisan.
2. Rotan/mengkuang - Anyaman
Tikar adalah daripada garisan berkisi-kisi.
3. Cat Air - Renjisan
Garisan berpancaran, melengkung dan beralun secara spontan.
4. Straw - Tiupan
Garisan tebal dan nipis beralun secara spontan.
1. Garisan halus
2. Garisan tebal
3. Garisan beralun
4. Garisan berpancar
5. Garisan berlingkar
6. Garisan berserabut
7. Garisan bersudut
8. Garisan bergerigi
9. Garisan berbulu
10. Garisan putus-putus
11. Garisan berduri
1. Garisan kontur dan 'Gesture'
Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karakter. Dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesebuah karya lukisan iaitu garisan kontur dan garisan 'Gesture'. Garisan Gesture adalah lukisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja. Pelukis juga dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membentuk objek.

Garisan Gesture karya Rambrandt
2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan
Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan bagi menggambarkan mood dan pergerakan dalam karya-karya yang dihasilkan. Contohnya lukisan Horore Daummier bertajuk 'Frightened Women' (1828-1979). Gaya pelukisnya jelas menunjukkan garisan yang menimbulkan mood dan pergerakan.

Frightened Women
3. Garisan menimbulkan kesan penegasan
Kualiti garisan dapat menimbulkan kesan penegasan yang baik dalam karya yang dihasilkan. Garisan yang digunakan mampu menimbulkan kesan yang pelbagai. Kepelbagaian garisan memberi kualiti yang berbeza untuk menghasilkan kesan penegasan dalam sesuatu karya.

karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992)
4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap
Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai cerah dan gelap dalam sesebuah karya. Kualiti garisan halus dan tebal juga dapat menimbulkan kesan nilai cerah dalam karya.

The Old Home
5. Garisan membentuk objek
Seorang pelukis dapat membentuk objek yang dilukis menggunakan garisan. Contohnya lukisan kartun dan komik. Pelukis berjaya membentuk karakter dengan hanya menggunakan garisan. Garisan mempunyai banyak fungsi dalam penghasilan sesuatu karya.

Kartun LAT
6. Garisan menimbulkan rupa.
Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri
Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut. Dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnya seperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan

Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.
rupa positif
rupa negatif
7. Garisan menimbulkan bentuk
Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan
Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit
– bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi

– bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.
Contoh-contoh Bentuk

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.
Ciri-ciri bentuk
1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman
2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna
3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan
4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk
A. Bentuk Konkrit
1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja

bentuk konkrit - bola
B. Bentuk Ilusi
1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"
Membina Bentuk Konkrit
Bentuk boleh dihasilkan melalui :-
1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit

potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak

penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk

lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit

seni origami

bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat

bentuk dicipta daripada plaster of paris

penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk

penggunaan bahan lilin

ukiran bentuk arca menggunakan sabun

8. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
Untuk menggambarkan struktur objek melalui ilusi cahaya dan pembayangan. Garisan yang tebal menghasilkan ton gelap manakala garisan yang nipis menimbulkan ton cerah.
9. Garisan mewujudkan ruang.
10. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
11. Garisan mewujudkan ton.
Garisan yang halus menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang tebal akan menimbulkan ton yang gelap. Garisan yang jarang-jarang menimbulkan ton yang cerah manakala garisan yang rapat-rapat menimbulkan ton yang gelap. Garisan yang halus akan menimbulkan ilusi ruang yang jauh manakala garisan yang tebal akan menampakkan ruang yang hadapan.

penggunaan perbezaan saiz garisan boleh membezakan ruang yang jauh/belakang dan dekat.hadapan

perbezaan jarak garisan juga boleh membezakan ton yang cerah dan ton gelap

Semasa menghasilkan lukisan, objek yang lebih hadapan hendaklah menggunakan garisan yang lebih tebal atau saiz pensel yang tebal atau kualiti yang gelap manakala kawasan belakang hendaklah menggunakan pensel yang lebih cerah / kecil dengan tekanan yang lebih perlahan
12. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
13. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan.

garisan menghasilkan rupa

garisan menghasilkan bentuk

garisan menimbulkan ilusi ruang, cahaya dan bayang

garisan menghasilkan jalinan

garisan yang mencipta corak

garisan yang mencipta corak
##
0 Comments