About Me

header ads

Buang Suara Pada Lagu Menggunakan Sony SoundForge 11


Pertama sebelum saya panjangkan citer.. saya nak maklumakan saya tak minat lagu dan tak mahir pasal audio. Kalau terbabit pun adalah secara 'terpaksa'. 

Dulu kalau orang tanya saya pasal lagu, saya terus tunjukkan kepada cg Anuar Ishak dia pakar! 5 - 6 tahun lalu kalau nak buang suara pada lagu, selalunya kita rujuk kepada cg Anuar (sekarang di PPD Setiu). Teorinya saya tahu orang menggunakan Cool Edit Pro atau Audacity. Biasanya yang nak buang vokal kerana nak buat karaoke.

Akhir tahun lepas, cg Rosni minta aku buang vokal pada lagu kerana dia nak hantar pelajar koir ke KL. Aku kata aku kurang pandai pasal audio tapi aku citer pasal teorinya tak boleh buang semua.

Selapas itu cg Musa (kaunselor dan pengasas kedai komputer 4M di Dungun 22 tahun lalu) jumpa aku dan rasa pelik aku tak boleh buat. Dia cakap dia telah buat kepada cg Rosni dengan menggunakan CoolEdit Pro.

Saya sebenarnya malas nak install CoolEdit Pro pasal saya menggunakan notebook ultrabook yang harddisk SSDnya hanya 125GB sahaja. Saya dah install SoundForge 11 untuk penggunaan editan audio.

Bila saya semak pada SoundForge 11, rupanya dah ada plug-in build-in dikenali sebagai "Vocal Cut"... cis terlalu mudah berbanding sebelum ini.

Oleh itu saya rasa baik saya kongsikan dengan semua pembaca.



Sorry masa rakam secara 'live' saya selsema... teruknya selsema.. tapi yang penting isinya.

Selamat mencuba..



Post a Comment

0 Comments