About Me

header ads

Clipping Mask Antara CorelDraw X6 dengan Adobe Photoshop CC


Clipping Mask antara yang menjadi satu daripada tajuk bila saya mengajar Adobe Photoshop. Perkembangannya juga bergerak cukup laju, maksud saya cara menghasilkannya. Dalam bahasa mudah Clipping Mask ialah memasukkan gambar ke dalam text. Kalau dulu guna Photoshop 7 (sebelum Photoshop CS) kena buat beberapa step.. mungkin sampai 7 step. Tapi Photoshop CS6 dan terbaru Photoshop CC step ini menjadi satu kali klik sahaja.
  


Tahun 2012 saya buat kad raya macam ni letak dalam FB. Ramai yang komen pasal 1 Malaysia, warna biru dal banyak menjurus kepada politik. Al Hamdulillah ada juga yang bertanya dan minta fail PSD (photoshop).

Sebenarnya setiap kali saya posting dalam FB, ada 'something' yang cuba saya sampaikan tapi tak ramai (tuju kepada pelajar saya) yang mengerti. Sebagai guru kita kadang kala nak tujuk sesuatu supaya pelajar kita bertanya....

Pelajar yang 'cemerlang' akan tanya cikgu macam mana cikgu buat? Software apa? Teknik apa??

Clipping Mask satu teknik yang menarik dalam Photoshop dan boleh juga dibuat dalam CorelDraw. Walaupun Photoshop dan CorelDraw bukan bandingan pasal Photoshop adalah botmap manakala CorelDraw adalah vektor.

Photoshop kena banding dengan Corel PhotoPaint atau Corel PaintShop Pro. CorelDraw kena banding dengan Adobe Illustrator.

CorelDaw tak panggil clipping mask tapi teknik ini boleh dilakukan menggunakan PowerClip.


 Video youtube di bawah adalah perbandingan dua software terbaik pada kerja desktop di atas. Video 13 minit ++ .





Selamat mencuba..... Saya telah menulis berkaitan perkara ini dalam artikel sebelum ini. [ Sila ke Edit Gambar Menjadi Kepingan Dengan Photoshop ]











Post a Comment

0 Comments