About Me

header ads

Bergurau Dengan Angsa


Gambar di atas adalah sekumpulan angsa di Jalan Kenanga.. siapa tuannya aku tak siasat. Biasa aku balik untuk 'shotcut' aku guna jalan ini. terutamanya bila guna motorsikal.

Satu perangai angsa ini 'dia' (dr segi bahasa salah) akan mengejar (menyudu) sesiapa yang lalu di sebelahannya termasuk aku yang bermotorsikal (pasal aku tak bawa laju..). terpaksalah aku pecut motor bila 'dia' mula menjolor kepala untuk menyudu...

Suatu hari aku lalu dengan kereta.. aku terserempak dengan angsa ini.. Aku teringat dia kejar aku semasa aku naik motor... 

Aku lihat sekeliling ada orang tak... (projek ni tak boleh buat kalau ada orang... nanti orang kata aku tak betul!)

Aku gelak sendiri sambil berkata.. "hah hah kali ini baru engkau tahu..."

Aku rapat kereta aku ke tepi jalan... aku pula kejar angsa itu.. "pandai takut"... 'capkapak' angsa-angsa itu lari berteraburan.... tahu juga takut...

Aku pun bla.. aku kejar main-main aje... sambil tergelak.. padam muka lain kali jangan samseng bila orang lalu... aku bayar roadtax lah!!!

##




Post a Comment

0 Comments