About Me

header ads

Filem hanya guna 2 pelakon sahaja


Banyak tahun saya cari cerita ini (bhs trg).  Hari ini terjumpa di youtube, sebelum ini saya tak tahu tajuk cerita dan tak tahu bila saya tonton tapi seingatnya semasa kecil dulu.

"Hell in the Pacific" cerita diterbitkan pada tahun 1968 dengan menggunakan 2 orang pelakon sahaja. Filem satu jam 42 minit ini mengisahkan bagaimana 2 orang tentera, seorang tentera Jepun dan seorang lagi tentera Ameria terdampar di sebuah pulau di Pasifik yang tak ada penghuni.

Filem yang kurang percakapan, kerana yang Jepun tak pandai BI dan yang Amerika pula tak reti bahasa Jepun. Banyak menggunakan aksi. Pada mulanya mereka bergaduh, tawan menawan antara satu sama lain dan pada akhirnya mereka bekerjasama & berkomukasi demi untuk hidup dan menerima perbezaan antara mereka untuk mencapai tujuan sama keluar daripada pulau berkenaan.

Oleh kerana cerita ini sudah tertanam dalam ingatan saya, saya tak tonton semula sebab jalan ceritanya saya masih ingat.... Antara filem menarik kepada saya. Saya cadangkan yang suka mencari nilai kebaikan dan pengajaran bolehlah tonton.

WAH JADI PENGULAS FILEM PULAK AKU RUPANYA!!!

Post a Comment

0 Comments