About Me

header ads

Kolam ikan jadi tempat asmara katak


[Kemaskini 9.20 malam] Dulu aku tulis pasal kolam ikan. Aku dah buat 'servey' kebanyakan yang buat kolam ikan 90% akan terbiar selepas setahun, dua tahun atau selebihnya. Boleh baca di sini (klik). Aku buat kolam ikan pada September 2011. Mula-mula aku buat kolam mandi untuk anak-anak, sila baca di sini (klik). Selepas itu aku masukkan ikan setelah anak aku sudah boring dengan kolam itu.

Dua bulan pertama aku masih rajin lagi untuk bersihkan kolam. Selepas itu dah mula mari sifat malas akhirnya kolam tu aku tak salin air. Bila katak datang dan buat tempat 'berasmara' kolam itu penuh dengan berudu (lihat gambar di atas) aku bertambah malas.

Hari itu sahaja aku 'tangguk' (sahut) 11 pasangan katak sedang berasmara. Tak boleh nak bayangkan bertapa ramainya berudu. Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini, pelihara ikan yang mulut besar macam cap untuk habiskan berudu!

Satu hal pula kiambang (kiambang baleng) mula-mula subur akhir mati jika ada hujan, dan yang boleh bertahan hanya keladi bunting (kiambang). Ada juga 'plan' nak letak teratai, banyak aku lihat di Kuantan tapi spesis teratai tu nampak besar sangat,

Mod aku menjadi 'putus' dan hilang terus bila burung bangau entah daripada datangnya, setiap pagi dan petang lepak di situ untuk mencari rezeki sehingga 7 spesis sepat aku semuanya di 'telan' oleh burung 'tekok panjang & halus' itu!!

Tension aku hampir ratusan ringgit jugak aku nak kumpul spesis sepat tu!! Ikan Cap, Black Widows dan Tiger Barb aje yang selamat kerana dia main di dasar kolam.


Selepas itu aku biar kolam itu dengan beberapa ekor ikan yang masih selamat. Bangau pun dah tak datang lagi.. Beberapa hari lalu aku ke kedai ikan dan terlihat ikan Cap Jepun, warna-warni. Tokey tu offer aku RM30 untuk sepuluh ekor. Aku pun sabar ajelah.. sebab ikan pun sekitar 5 - 6 inci.


Ikan ni cantik juga terutama waktu dia makan.


Keladi bunting sahaja yang tinggal.


Anak aku tanya, ayah bila nak bersih kolam. Aku jawab kita tak akan bersih biar dia menjadi macam habitat asal yang berlumut dan berlumpur...

Post a Comment

1 Comments

  1. Sakitnyee hati ble berudu bnyk sgt.mcmne nk hilgkn ye?bntuuu la sy.

    ReplyDelete