About Me

header ads

Biskut Milo Buatan Sendiri


Semasa kecil dulu aku suka 'ngatah milo' (makan milo dalam tin tanpa buat air). Bila aku tinggal di Sarawak, makanan agak sukar antara alas perut aku untuk tahan lapar ialah 3 sudu milo + 2/3 susu tepung (biasa Nespray) + sedikit gula. Minuman malt yang pekat ini boleh menyebabkan kita tahan lapar dan bertenaga. Kalau aku malas aku beli aje Susu Coklat Nestle.. masa tu ½ litter hanya RM1.50 sahaja berbanding sekarang RM3 ++

Sekarang aku masih amal lagi tapi taklah selalu, sehingga isteri dan keluarga aku sekarang menggunakan susu tepung.

Tahun lalu kantin sekolah isteri aku bermasalah, jadi isteri kena bawa bekalan makanan. Aku belikan Milo 3 In 1 untuknya memudahkannya buat air. Anak sulong aku tinggal di asrama, aku belikan juga milo 3 in 1 ini untuknya.

Tadi terlihat satu pek tercicir dah seminggu lebih di tepi dapur. Terbaca dalam internet aku cuba satu resipi untuk siapa yang yang suka me'ngatah' milo.



Mula-mula rata pek milo 3 in 1 itu, ambil kain 'lama' atau sebaiknya kain pelikat. Tuala kurang sesuai pasal kurang tahan panas.


Masukkan kedalam kain.


Striker sekurang-kurangnya 4-5 minit dengan kadar haba yang serdahana. Pastikan ruang udara akan terkeluar daripada gelembong pek itu.


Tunggu sejuk, jangan makan terus nanti 'terlecur anak tekok'. Dan nikmati snak milo yang pahit!! Sesuai untuk pelajar asrama dan suami yang bini suka keluar rumah dengan pelbagai aktiviti... 



Post a Comment

0 Comments