Pada malam nabi di Israk dan Mi'rajkan maka nabi telah diperlihatkan kepada syurga dan neraka. Apabila nabi melihat syurga maka orang yang paling ramai menghuni syurga adalah orang fakir dan miskin. Manakala di neraka pula orang yang paling ramai menjadi penghuni neraka adalah kalangan wanita.
Firman Allah S.w.t di dalam Surah An-Nisaa' ayat 56-57:
Mafhumnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat kami, kelak kami akan masukkan mereka ke dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan kulit yang lain untuk mereka supaya mereka dapat merasai azab sengsara itu (Ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
"Dan orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh di dalam syurga itu pasangan-pasangan atau isteri-isteri yang suci, serta kami memasukkan mereka ke tempat yang teduh (lagi nyaman) yang berkekalan"
Allah s.w.t telah menceritakan mengenai cara penghuni neraka itu diazab. Apabila kulit tubuh mereka hangus terbakar, kulit yang baru akan tumbuh dan tubuhnya dibakar lagi sehingga hangus. Kemudian tumbuh lagi kulit yang baru dan dibakar lagi, dan begitulah seterusnya mereka diseksa berulang-ulang dengan penuh kesakitan. Perlu diingat bahawa penghuni neraka tidak akan mati kerana azab siksaan yang berterusan. Segalanya untuk merasai kesakitan dan kepedihan yang berterusan
##
0 Comments