About Me

header ads

Hari ini Perasmian Hari Koperasi Sekolah 2012


[Kemaskini 8.25 pm] Macam biasa bila ada program aku kena buat pamplet dan juga buku tanda tangan pelawat. Ini kira tugas 'saing mati'. Dulu aku kena buat video klip, tapi sekarang cikgu Zam dah pikul "kayu api" ini.. he he Semalam dia buat sampai pukul 4.00 pagi untuk video klip hanya satu minit.

Daripada 2005 di Aizek ini aku dah tak ada idea nak buat pamplet.. 'menetang', 'negak' hanya belum lipat 3 segi lagi aku tak cuba. Last minit akhirnya siap juga dan al Hamdulillah printer OKI5700 masih berfungsi dengan baik walaupun ada sekali sekala 'paper jem'


Pamplet
Aku hanya sekadar guna 'powerclip' yang ada dalam CorelDraw kerana fungsi ini cepat dan mudah dan kita bukan nak comel sangat sekadar sedap mata memandang.

Buku Peristiwa @ Buku Tanda Tangan pelawat
Buku tanda tangan pelawat ini telah dimulaikan semajak 2005 lagi. Sekolah aku telah menukarnya kepada 'Buku Peristiwa' di mana jika ada sesiapa yang datang ke sekolah aku, kita orang akan ambil gambar dia dan aktiviti dia kita buat sedikit reka bentuk untuk ditanda tangan. Gambar yang ada adalah gambar semasa. 

Kerja ini memerlukan kecepatan dan menggunakan software yang cepat untuk buat buku ini sebelum pelawat keluar daripada sekolah. Ramai pelawat akan terpegun melihat gambar dia sebentar tadi telah diprint untuk ditanda tangan.

Kelebihan Buku Peristiwa ini adalah kita boleh rujuk buku ini untuk aktiviti sekolah sepanjang tahun yang dirujuk. "Simple dan bermaklumat".

Pamplet tahun lalu...

Muka 2 tahun lalu
Tak tahu sampai bila buku Peritiwa ini akan kekal.
Semuanya bergantung kepada pengetua.


##

Post a Comment

2 Comments

  1. cikgu..bole tahu cikgu buat buku program pakai software apa ya..cantik..saya selalunya buat guna publisher sahaja..harap dapat berkongsi ilmu..tq..

    ReplyDelete
  2. Gabungan Photoshop dengan CorelDraw. CorelDraw boleh buka fail Publisher

    ReplyDelete