About Me

header ads

Aku dan Media - Part 1

 


Bilik dengan lampu merah seperti gambar di atas dikenali "Bilik Gelap Fotografi". Tahun 1982 aku Tingkatan 4 di SIS. Cikgu Fizik aku Mr. Eng dia minat kamera dan kami menyertai Kelab Fotografi. Oleh kerana dia malas, kelab ini tak ada dalam senarai kelab sekolah. Walaupun kelab macam wujud tak wujud tetapi sekolah kami ada bilik gelab fotografi.


Zaman itu kalau nak ambil gambar kena ada kodak. Kena tahu ISO Kamera masa itu aku rasa berjenama Canon A-1 (lihat gambar di bawah buatan Japan dijual April 1978-1985) pasal sekarang A7. Masa tu nak ambil gambar payah kena betul-betul padamkan bulat ditengah yg terbelah dua.. kalau tidak gambar blur....

Aku beberapa kali main cuci gambar di bilik gelab... Dulu tahu asid apa digunakan dan masa celupan.. jika tersilap ada yg buka pintu semasa proses cuci.. habis gambar jadi putih... Gambar kami cuci hanya gambar hitam putih aje masa tu.

...bersambung

Post a Comment

0 Comments