About Me

header ads

Murid Gagal Salah Cikgu, Murid Berjaya Kerana Hantar Tuisyen Luar



Murid gagal salah cikgu tidak pandai mengajar, muridberjaya kerana hantar tuisyen luar.”



Kenyataan seperti ini nampak seperti berat sebelah dan tidakadil.

Tidak wajar menyalahkan guru 100% sekiranya murid tidak berjayamencapai kecemerlangan dalam peperiksaan mereka.

Walaupun murid dihantar ke sekolah, dan guru ditugaskan untukmengajar dan mendidiknya, namun tidak semua murid mempunyai tahapkecerdasan yang sama.

Tahap pemikiran mereka berbeza, ada yang cepat ada yang lambat,cara penerimaan ilmu juga berbeza.

Ada yang bila kita ajar sekali sahaja mereka sudah dapat, danada juga yang berpuluh kali ajar pum belum tentu boleh faham. Inikerana wujudnya perbezaan individu.

Guru sebenarnya telah berusaha sedaya upaya untuk memastikanmurid berjaya dan tidak terabai.

Pelbagai aktiviti yang mereka telah lakukan dan rancang. BBM,ABM, latihan, bengkel kelas tambahan dan sebagainya, semua iniusaha yang guru lakukan untuk memastikan murid mencapaikecemerlangan.

Namun begitu mustahil untuk 100% murid berada pada tahapcemerlang. Sudah pastilah akan ada yang sederhana, rendah, danlemah. Mungkin yang tidak cemerlang dari segi akademik merekacemerlang dari segi sukan, akhlak, atau cemerlang agamanya.

Harapan guru adalah, ibu bapa juga turut sama membantuanak-anak untuk mencapai kejayaan. Murid-murid pula hendaklahberusaha bersungguh-sungguh, tidak hanya berharap pada gurusahaja.

Sumber : http://www.damabest.com/post807821/1176?fbclid=IwAR0-RGlIDIYqLUUBdRtsukid3wTFbIXAtHp5f29K0_811G1fR2bovwrAZAE

 ##

Post a Comment

0 Comments