About Me

header ads

Kumpulan R&D Korea Berjaya Cipta Kamera Tembus Pandang

Sebelum ini saya ada tulis pasal kamera boleh melepasi baju nipis menggunakan filter MAYA. Artikel berkaitan boleh dibaca di sini.

Hari ini saya terbaca satu laporan daripada lembaga R&D di Yongin, wilayah Kyeonggi Korea Selatan. Dalam laporan berkenaan mereka memperkenalkan ciptaan baru yang dinamakan MIRAE, singkatan daripada Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment, iaitu sejenis kamera yang mampu menggunakan gelombang milimeter sehingga menebusi objek untuk dipandang.

Dalam peneranganya itu, MIRAE berjaya menangkap secara tepat posisi dan garis bentuk sebuah kereta yang berada di belakang layar tebal. Sementara itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah gagal menangkap kedudukan dan garis bentuk kereta berkenaan. 

Apa yang menarik, kamera tembus pandang itu mampu mengambil imej nyata iaitu objek yang berada di dalam kepulan api dan asap tebal kebakaran.  Kamera menggunakan MIRAE ini diuji berjaya merakam imej sepucuk pistol yang disembunyikan di dalam baju. 

Menurut lembaga tersebut, mereka berjaya mengembangkan kamera tembus pandang itu dalam masa tiga tahun kajian.

##


Post a Comment

0 Comments