Sekitar tahun 1994/95 aku suka membuat font sendiri. Setiap font aku ada nama aku dihadapan, misalnya zul_arial.ttf dsbnya. Aku biasanya ubah font mengikut cita rasa dan kehendak semasa. Misalnya cikgu sekolah rendah mengajar murid Tahun Satu memerlukan font yang hampir sama dengan tulisan tangan terutama dalam membuat soalan, mereka memilih font Century Gothic sebagai pilihan tetapi masih bermasalah dengan huruf y yang tidak sama dengan tulisan tangan walaupun a dan g hampir menyerupai tulisan tangan.
Atas dasar itu aku pun, tak dok kerja 'kobek' font Century Gothic dengan menukar y kepada y yang menyerupai tulisan tangan. Lihat di bawah.
Hasilnya cukup baik dan cukup serasi bagi guru Tahun Satu sekolah rendah. Aku namakan font itu ZulCentury.... Lihat di bawah.
Masa tu aku hanya menggunakan software Fontograher 3.0 keluaran syarikat Micromedia. Tapi syarikat ini yang juga membuat Flash telah dibeli oleh syarikat Adobe dan Adobe tidak menerukan versinya. Versi terakhir yang ada dalam simpanan aku ialah 5.1. Masih ada di internet kalau mahu dan masih support Windows 7.
Cara penggunaannya cukup mudah, pilih font pada fail open dan klik pada mana aksara menu edit akan terpapar. Lihat rajah di bawah. Saya ambil font Arial.
Kemudian pilihlah apa-apa fungsi. Contohnya saya pusing tulisan arial itu 12 darjah biar di condong berlawanan dengan biasa (italic).
Pada font info tukar maklumat supaya anda boleh letak nama anda di font yang bakal dihasilkan. Generate font. terus jadi. Anda boleh view dengan klik pada font dan install dalam windows.
Menggunakan apa software anda boleh cuba font tadi.
Hasilnya menanjubkan.... mudah. Anda boleh guna fontographer ini untuk mengubah font-font yang kadang kala ada satu dua aksara anda tak berkenaan. Saya suka tulisan Georgia, tapi saya cukup benci pada nombor 1 dan 2 dia kerana kecil tak ikut skala... Fontographer adalah penyelesaian terbaik untuk masalah ini.
Kenapa anda tak meniru saya??
##
##
0 Comments