Mula-mula aku kenal komputer ialah Apple IIe itu pun dalam pertandingan Pameran Sains di mana sekolah aku (Sultan Ismail Secondary School - SIS) kalah dengan Sultan Omar. Selepas itu aku masuk U, jumpa lagi Apple selain daripada kad Tebuk yang menggunakan mesin komputer IBM 1130. Oleh kerana aku bukan ambil kursus IT maka aku lihat sahaja pelajar senior belajar menggunakan kad tebuk itu.
Selepas satu semesta, UTM telah tukar kepada PC IBM dimana hampir satu bangunan mesin IBM 1130 terbiar ditepi-tepi bangunan.
Ini IBM 1130 hampir sama besar dengan meja makmal aku.. |
Ini kad tebuk, ramai pelajar UTM buat nota dilakangnya... |
Aku dah ada disket 5¼ inci yang dibeli dengan harga RM5 sekeping. Pada kebiasaannya yang aktif dengan komputer ada beberapa keping disket iaitu satu untuk Dos (kena boot dulu kerana PC tak ada harddisk pada masa itu), kedua WordStar atau Profesional Write (WordStar dan PW adalah untuk menaip), Ketiga Lotus 123 (untuk spreatsheet - excell sekarang), keempat dBase IIPlus (Untuk database - macam access) dan kelima NewsMaster...(desktop publisher) Ada lagi yang lain tapi kurang penting misalnya Banner Mania, FormTool, PCTools dll.
Disket besar 5¼ inci masih aku simpan lagi... |
Kalau main 'games' macam ini -- ini kira terlalu hebat. |
Tepi Plaza KotaRaya ada sup mamak...best lagi best daripada sup mamak di Masjid Pakistan Chouw Kit. Tapi sekarang dah tak ada sebab kawan itu terlalu sibuk.
Aku beli disket aku minta copy games free sekali. Kalau minta copy games, tak beli disket masa tu kena RM2 satu game... Games paling best aku ingat sampai sekarang ialah AirBone Ranger. Top games 1988!!!
Aku ada simpan games tu bila buka kena cari pc yang guna windows95.. (pc buruk) gambar celaka hudoh... setting paling cantik pun SVGA sahaja. Bayangkan 8 color!!! Games dalam 'handset' buruk nokia lagi cantik!!
Ini poster games besar sama tinggi dengan aku memenuhi Plaza KotaRaya KL.. |
Ini games yang membuat aku tak tuidur 2-3 hari bersama Arshad (Johor) dan wan Sofi (kedah) |
DOOM tak mencabar kerana ada peta, tapi sebelum itu Wolfenstein 3-D lagi sukar pasal tak ada peta, aku banyak kali tersesat sehingga aku terpaksa guna tangan kiri untuk buat peta...
Gambar pun tak macam versi sekarang!! |
Selepas DOOM aku main WarCraft, tapi sampai 8 episod sahaja aku dah boleh baca strategi games itu aku mula boring... mulai saat itu aku tak minat dah games!!! Sekadar buka untuk kumpul sahaja. Tapi games yang aku kumpul sekian lama telah hancur! apabila harddisk aku 500MB telah rosak.
.......Penat nanti aku sambung lagi...
0 Comments