Bila aku teliti secara khusus aku rasa ada baik juga apa yang Rizal komen ini dikongsikan bersama. Aku sebenarnya mendaftar e-mel hotmail semenjak 1998 lagi dengan beberapa akaun. Yang 'real' ialah zulbmohd@hotmail.com dan mungkin 10 ++ lagi dengan nama samaran lain.
Aku mula beralih drp hotmail kepada yahoo.com bila Bill Gates beli hotmail daripada tuan punya yang berasal daripada India. Aku daftar zulbmohd@yahoo.com.
Selepas Google cuba bersaing dengan Yahoo.com, aku beralih pula kepada google dengan mendaftar e-mel zulbmohd@gmail.com
Akuan zulbmohd@hotmail.com hanya aku guna untuk mendaftar laman-laman untuk kerja-kerja cracker dan hackers sahaja...
Urusan 'pencikguan' (pendidikan) biasanya aku guna e-mel, gmail dan manakala urusan rasmi aku guna yahoo.
Satu kelebihan hotmail ini ialah bila tak buka e-mel setahun pun e-mel kita tak di'diaktifkan'. Hanya semua data dikosongkan sahaja. Sebab itu aku boleh dapatkan hampir semua e-mel-emel hotmail.com yang menggunakan nama-nama samaran semula.
Semenjak akhir ini Microsoft telah membaik dan menambah taraf hotmail.com dan aku rasa paparannya juga sudah menarik dengan pelbagai kemudahan. Lebih ringkas dan senang baca e-mel.
Satu kemudahan yang menjadi topik pembincangan pada artikel kali ini ialah SKYDRIVE. SkyDrive adalah "also called Microsoft SkyDrive or Windows Live SkyDrive is a free-of-charge file hosting service that allows users to upload files to a cloud storage and then access them from a Web browser. It is part of Windows Live range of online services and allows users to keep the files private, share them with contacts, or make the files public. Publicly-shared files do not require a Windows Live ID to access. The service offers 25 GB of free personal storage, with individual files limited to 100 MB. The service is built using HTML5 technologies, and files can be uploaded via drag and drop."
Pada February 2012 SkyDrive membenarkan upload satu fail sehingga 2GB.
Dengan 25GB kita boleh menyimpan banyak benda dan dengan kemudahan OfficeOnline untuk menaip dan menyimpan maklumat adalah suatu yang menarik seperti Google +.
Berbeza dengan Dropbox yang mana fail-fail yang kita simpan tidak akan disimpan dalam PC/Notebook/Handphone kita mengikut fail dan folder yang dicipta. Kita sekadar boleh 'sharing' dan mengambilnya di internet.
Klik untuk besarkan gambar. Anda boleh cuba dapatkan fail aku di kongsikan di facebook. |
Satu perkara yang menarik dalam SkyDrive ialah mana-mana folder kita boleh sharing dengan orang ramai tanpa kita invate mereka dan pengkongsian ini juga boleh dibuat di Facebook.
Saya telah 'share'kan satu folder saya bernama "Documents" kepada semua orang melalui Facebook. Dan sesiapa sahaja boleh ambil bahan saya dalam folder berkenaan tanpa sebarang syarat. Ini rasanya lebih terbuka dan begitu selesa.
Klik untuk besarakan. Anda boleh guna google docs dengan konsep yang sama tapi mungkin tak boleh dikongsikan di FB hanya di Google + sahaja |
Anda patut cuba SkyDrive dengan 25GB space dan pasti banyak perkara anda boleh buat dan pengkongsian pintar bahan-bahan boleh dilakukan.
Daftar e-mel hotmail di http://www.hotmail.com selain anda boleh space, officeonline anda juga dapat chat dengan Windows Live Masseger!! Barang Free kalau tak ambil bodohlah kita.......
0 Comments