About Me

header ads

Tempat tinggal aku semasa kecil


Masa aku berumur 5 atau 6 tahun, iaitu antara tahun 1971 - 1972 aku telah tinggal di sebuah rumah sewa yang aku panggil Mak Cik Su Siti. Aku tinggal di sini sehingga berumur 18 tahun.


Rumah ini, walaupun kecil tetapi ada 3 bilik dengan ruang tamu dan dapur. Ada "lambul" (beranda) di dapur.


Semasa aku kecil akan tak banyak berkawan dan aku lebih suka bermain seorang diri. Suka bercakap diri sendiri, terutamanya di bawah rumah. Kadang kala aku cari "cik rhu" (sejenis serangga yang tinggal dalam pasir (bukan tanah)) untuk di lagakan.

Salah satu lagi kerja aku semasa kecil ialah kumpul ikan 'sekilau' (pelaga) yang disimpan dalam botol (botol ketcup dll terpakai).  Aku akan letak ikan pelaga ini di bawah rumah.

Di bawah rumah adalah tempat simpanan paling selamat termasuk simpan tabung duit (celeng pitih).

##

Post a Comment

0 Comments