Baju, seluar, tie, dll tu biasalah. Tapi tak ku sangka rupanya nak bagi "bini". Aku masa tu ada kes dengan budak sekolah.. aku jawab aku kena selesai kes ini dulu. Suami Noriah juga memainkan peranan. Dia ini rupa perancang utama. Aku tak nak cerita 'detail' pasal Radzi suami Noriah banyak sangat 'top secret'. Ini yang didedah kira 5% sahaja.
10 September 1998 aku kahwin setelah bertunang 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan tak ada seorang pun sedar aku bertunang dengan rakan sekerja melainkan Pn Hajjah Salmah (pengetua sekarang), Kak Mal (sekarang PAR di IZ), Ustazah Zuwariah (isteri Pengetua Ariffin) dan cikgu Noriah sendiri.
Paling pelik sepanjang aku bersama dengan si'dia' di SMKSO 4 tahun, entah berapa kali sahaja aku bercakap dengannya. Tapi masa bertunang, hampir setiap malam aku telefon... itu pun guna telefon awam. Tak berani nak telefon rumah... Habis duit siling...
##
1 Comments
:)) sweet jer
ReplyDelete