Semenjak Cikgu Zainal (orang panggil di Uncle, tapi aku panggil dia Mie. Kami asal satu kampung kebetulan rumahnya dengan rumah aku tak jauh) datang ke IZ aktiviti fotografik agak meriah di sekolah aku.
Mie tak 'lokek' untuk mengajar malah dia juga mudah bagi kamera SLRnya kepada pelajar untuk mengambil gambar. Ada cikgu tanya tak bimbang jatuh ke? Dia jawab selamba, saya masukkan tali pemenggang dileher pelajar, selagi dia tak ditanggalkan kamera itu takkan jatuh!
Setakat ini aku hanya lihat pelajar perempuan sahaja yang menyertai kelab ini. Mungkin pelajar lelaki tak minat atau tak berani kehadapan.
Selalu aku kena 'candid' dengan dia, hari ini aku pula ambil gambar dia sedang ajar ahli kelab untuk dapatkan gambar terbaik untuk aksi 'Demostrasi pemadam Api' yang mungkin menggunakan 'burst'. Aku hanya guna kamera compact Sony Cybershot TX-100V dengan zoom 16x dan 16.2 Megapixel.
Walaupun nampak macam handphone sahaja kamera ini, tanpa bonjol zoom terkeluar tetapi kemampuannya cukup baik. Lagi best boleh masukkan dalam poket. Dengan kemampuan video Full HD 1980 x 1080 pixel, nahas cikgu dan pelajar yang 'nakal' nanti akan penuh dalam blog ini gambar mereka...
0 Comments