About Me

header ads

Candid anak aku ketika khutbah Jumaat


Aku dah macam tabiat datang ke Masjid selepas malaikat tutup buku, tak ada pahala jumaatlah.. Anak-anak terikut sama, kadang kala dia orang lagi lalai asyik kena marah untuk mandi.

Bila datang lewat ke Masjid Sura, biasanya susah nak dapatkan tempat. Kami terpaksa berada di tepi pintu, sebelah tangga. Keadaan di situ memang tak selesa dengan panasnya kalau waktu panas dan berhujan di waktu cuaca buruk. Lantainya yang kadang kala kotor dengan debu dan sampah halus.

Hari ini aku ambil gambar gaya anak aku ketika mendengar khutbah. Entah apa yang difikirkan dalam kepalanya. Aku rasa sepatah haram pun apa yang diucap oleh khatib walaupun berapi-api tak didengarinya.

Dah nak tidur... batal tak air sembahyang??

Post a Comment

1 Comments