About Me

header ads

Apa anak kita buat pada waktu Solat Jumaat..

Hari Jumaat minggu lepas, saya sempat bersolat di Masjid Lama Sura bersama dengan anak lelaki saya yang sulong, Muhammad Muizzuddin berusia 11 tahun. Anak-anak sekarang sudah besar sedikit sudah mulai untuk berjauhan dengan ayah dalam apa-apa program sedangkan semasa kecil dulu berebut-rebut untuk berhimpit dengan adik-adiknya untuk bersama disebelah ayah.

Hingga kadang kala saya pun terpaksa bermain kasar dengan membantu adik-adik yang kecil untuk menolak yang besar, hingga kadang-kala yang sulong ini "terkis hati" (terasa hati).

Jika ke Masjid untuk solat jumaat, saya akan sediakan wang kecil RM1 untuk mereka memasukkan dalam tabung. Jika anak-anak saudara saya tumpang sekali, yang kebetulan rumah saya dan adik saya bersebelahan dalam satu pagar pula saya juga sediakan wang untuk mereka menambung untuk saham akhirat. Kata orang ajar anak masa dia rebung. Didik diri mereka untuk suka menderma.

Kadang kala pernah juga selepas solat Jumaat dia minta untuk saya beliakan "Jelly" kelapa yang ada dijual oleh mereka yang datang ke masjid dengan peribahasa "menyelam sambil minum air" menjual jelly selepas solat.

Jawapan pendek saya selalu mengewakan anak-anak saya. "Duit dah habis didermakan dalam tabung masjid".

Sambung mengenai minggu lepas. Selepas solat saya terus ke kereta, tidak sempat untuk solat sunat, malah berdoa juga tidak... terus bangun dan keluar.

Sambil menunggu dalam kereta, tiba-tiba belum habis doa anak saya sudah ada ditepi kereta. Ini bermakna dia berjalan keluar sambil berdoa.

Saya tanya, kenapa tak tunggu sampai solat sunat... Jawapan 'loyar'nya ayah tak dok jadi Muizz cari ayahlah.. (Setiap kali ke masjid untuk solat Jumaat kami tak pernah duduk bersama, pasal saya berada saf orang-orang tua dia berada di saf kanak-kanak)

Saya terdiam, dan tak bercakap dalam perjalanan pulang ke rumah. Dalam perjalanan otak saya berligar berfikir adakah sebelum ini dia lebih awal di kereta sebelum doa atau selepas solat Jumaat kerana saya memang keluar lewat dan biasanya selepas solat sunat atau kadang kala sempat bersembang dengan kawan-kawan kerana ini juga tempat pertemuan dengan mereka yang kadang kala kita jarang jumpa pada hari-hari biasa...

Kita kena pantau anak-anak kita... Berapa ramai anak-anak muda yang berbaju melayu, bermotosikal pada hari Jumaat sekadar menambah dosa dengan berbuat bising, berlumba dan mereka ini tidak bersolat pun walaupun berada di tangga masjid....

Post a Comment

0 Comments