About Me

header ads

Pelajar sekarang kadang kala tak faham bahasa kita..

Hari Jumaat tu (entah tak ingat bila.. tapi tak lama..) saya buat komen pada wall satu facebook pelajar sebelum ke solat Jumaat. Komen seorang guru simple aje "Lawo gambor mu!! Rosak generasi masa depan.."
Rupa-rupa komen ringkas dan padat ini mendapat perhatian. Saya tak berniat untuk paparkan semua posting setiap komen berikutnya walaupun telah di 'capture'.

Dalam komen masing-masing ingin mendapatkan penjelasan apa maksud saya tersebut dan mengharapkan saya membalasnya sedang saya online. Pelajar perempuan berkenaan tak pasti bahawa hari itu hari Jumaat dan sudah pasti saya solat Jumaat.

Hanya seorang sahaja yang komen tunggu cikgu akan jawab selepas pukul 2.30 petang nanti dan saya merasai pelajar ini prihatin tentang waktu solat Jumaat kerana dia boleh mengganggarkan bila solat berkenaan selesai.

Balik daripada solat Jumaat saya memberikan penjelasan.. Ya saya komen berdasarkan kepada gambar forfile budak berkenaan..

Saya bermaksud genarasi masa hadapan adalah hasil daripada didikan ibubapa sekarang. Ibu memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan anak-anak. "Pei" perangai ibu adalah pertunjuk kepada masa depan anak-anak akan datang.

Pelajar berkenaan akan menjadi ibu kepada anak-anak genarasi masa hadapan. Oleh itu setiap benih tumbuh daripada baka yang baik. Walaupun baka baik jika tidak dibajai dengan sempurna akan terbantut juga.. apatah lagi manusia yang bukannya pokok biji benih...

Walaupun saya tak ada bukti yang jelas dalam kenyataan ini, tapi melihat gambar saya telah membuat satu persepsi.. Mungkin persepsi silap.. tapi jangan letakkan gambar di FB untuk orang membuatkan persepsi buruk terhadap kita...

Post a Comment

0 Comments